Home / Islamik / P3rgi Mengadap Ilahi Tak Sampai 24 Jam selepas Mengucap Dua Kalimah Syahadah

P3rgi Mengadap Ilahi Tak Sampai 24 Jam selepas Mengucap Dua Kalimah Syahadah

“Tiga kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kes4kitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

“Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syah4dah,” kata Suzie Tan Eng Lian, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tul4r di media sosial beberapa masa lalu selepas dikatakan mem3luk Islam sebelum m3ninggl duni4 kurang 24 jam kemudian.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya m3ninggl dunia akibat k4nser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum mengh3mbuskan nafas terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.

“Amat menakjubkan selepas mengucap, arwh kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

“Menjelang malam, anak dan menantu arwh pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggl dalam tidur,” demikian kata Suzie.

Jenzah Tan Foo Hock diuruskan sendiri ahli keluarganya yang bukan beragama Islam.

Sementara itu, adik bongsu arwh, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak meng3jutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

“Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

“Manakala, arwh, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

“Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwh.

“Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu,” katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

“Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

“Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, ‘Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam’ sebaik arwh selesai lafaz dua kalimah syahadah.

“Kakak saya kata, arwh cakap ‘aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam’ sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak memb4ntah.

“Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggl dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan may4tnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya,” katanya.

Hidayah milik Allah dan beruntunglah kepada mereka yang dikurniakannya. Kem4tian yang dicembvrui meninggl dalam keadaan suci bersih. Pengakhiran yang baik buat arwah. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah (dibaca)

Sumber: Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *