Home / Islamik / Kisah warga emas 66 tahun pendam rasa untuk peluk Islam sejak usianya 8 tahun akhirnya hidayah itu datang semasa umurnya 75 tahun

Kisah warga emas 66 tahun pendam rasa untuk peluk Islam sejak usianya 8 tahun akhirnya hidayah itu datang semasa umurnya 75 tahun

Hidayah Itu Milik Allah. Kisah seorang warga emas yang telah mem3ndam perasaan untuk masuk islam sejak berumur 8 tahun sebelum akhirnya beliau mendapat hidayah untuk mengucapkan 2 kalimah Syahadah pada bulan Mei tahun 2019 yang lalu semasa usianya 74 tahun. Ikuti perkongsian melalui laman berita Harian metro.

SELEPAS 66 tahun memendam impian memeluk Islam, seorang warga emas bersyukur dan teruja menjalani ibadat puasa Ramadan buat pertama kalinya .

Teo Chu Bee, 74, juga gembira kerana dapat berpuasa bersama Muslim yang lain selepas memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu (2018).

Katanya, dia mem3ndam hasrat untuk memeluk Islam sejak berusia lapan tahun apabila tertarik dengan kelas seorang ustaz tentang Islam ketika belajar di sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu.

“Saya tengok kawan-kawan solat dan mengaji al-Quran menyebabkan saya tertarik, tetapi pada masa sama saya t4kut. Saya hanya diam memandangkan keluarga saya besar dan t4kut mereka tidak setuju serta m4rah.

“Alhamdulillah, apabila pindah ke Kelantan, saya terjumpa kawan lama yang bekerja di sebuah bank di Kota Bharu dan dia tahu perasaan saya terhadap Islam.

“Dia sering tanya saya bila mahu masuk Islam dan memaklumkan jangan tunggu lama dan saya kata nanti dulu. Namun pada suatu hari, saya rasa bersedia dan terus mengucap dua kalimah syahadah sambil menangis,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Chu Bee melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah bank iaitu di tempat rakannya bekerja sebelum melakukan perkara sama secara rasmi di Balai Islam Lundang.

Katanya, dia memilih nama Nur Hidayah Bee Teo sebagai nama Islam kerana beranggapan dirinya mendapat hidayah dan pertolongan daripada Allah SWT.

“Saya sebenarnya tiada masalah nak puasa penuh dan tahun ini lebih semangat sebab dah masuk Islam. Saya juga tak sabar nak ke masjid untuk solat tarawih,” katanya yang tinggal di Panji.

Katanya, dia juga sudah boleh membaca al-Quran dan berjaya menghafal surah al-Fatihah dengan belajar mengaji di Masjid Muhammadi, Kota Bharu seminggu sekali.

Selain itu, wanita ini turut mendapat bimbingan mendalami Islam dengan menyertai Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan.

Sumber : Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *