Home / Islamik / Rezeki tak disangka-sangka dengan izin Allah SWT selepas Amalkan Surah At-Taubah Ayat 128 & 129, Ini penjelasan wanita tersebut…

Rezeki tak disangka-sangka dengan izin Allah SWT selepas Amalkan Surah At-Taubah Ayat 128 & 129, Ini penjelasan wanita tersebut…

Doa adalah senj4ta yang paling ampvh buat umat Islam. Amalan membaca surah-surah tertentu di dalam Al Quran merupakan satu doa yang dipohon dan dengan izin Allah SWT ianya akan dimakbulkan. Yang penting, setiap doa yang dipohon hendaklah bersungguh-sungguh dan yakinlah bahawa Allah SWT Yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.

Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya. Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang ‘khasiat’ dua potong ayat ini.

Berikut perkongsian Azlia Ajid

Umur saya dah 32 tahun, tapi baru dua tiga hari ni saya tahu hikmah ayat ini. Baru sahaja saya amalkan 7 kali selepas Solat Fardu tanpa fahami maksud pada hari pertama, pelbagai perkara positif berlaku pada saya.

Terkejut saya. Rezeki saya melimpah ruah. Aura saya jadi luar biasa. Kekuatan saya dapat juga berbeza. Badan yang s4kit lengvh seminggu hilang begitu sahaja. Allahuakbar.

HATI RASA SEB4K

Setelah saya baca apa maksud ayat tersebut, saya terus seb4k. Seb4k yang sukar diceritakan. Sayangnya Allah pada saya. Allahuakbar.

2 ayat dari Al-Quran ni belum pernah saya jadikan amalan harian selama ini. Dah 32 tahun mencari erti hidup sementara ini, baru saya bertemu ayat ini dengan memahami terjemahannya dan merasai hikmahnya setelah sahabat saya yang juga merupakan jiran saya berkongsi ayat ini pada saya pada jam 9.05 pagi dalam whats app pada 21 Mei 2019.

Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:

128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya pend3rit4anmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.

129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”

Buat sahabat yang terbaca perkongsian ini pagi ini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati.

Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika berhutang In sha Allah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. In sha Allah.

Allah sayang sangat pada kita sebenarnya. Sangat!

Sumber kredit: Azlia Ajid via Islam Itu Indah

PERHATIAN: Pihak admin Newshub24 tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Pengakhiran yang baik apabila beliau meningg4l dunia semasa sedang mengerjakan Solat As4r… Salam takziah Al Fatihah

Perkongsian sebuah kisah pengakhiran yang baik buat seorang wanita apabila dijemput oleh Yang Maha Pencipta …

Leave a Reply

Your email address will not be published.