Pertama sekali, apakah itu azan? Dari segi bahasa, azan maknanya memberitahu. Dari segi syarak pula, azan ialah perkataan tertentu untuk memaklumkan orang ramai tentang masuknya solat fardhu. Manakala dari segi pendefinisian ini juga kita dah faham, apa fungsi azan itu sendiri. Nak beritahu orang yang waktu solat fardhu sudah masuk. Masuk waktu solat subuh, maka kenalah azan. Masuk waktu zuhur, kenalah azan juga. Begitulah seterusnya sampai waktu isyak. Semua itu kena azan sebaik sahaja masuk sahaja waktunya.
Merujuk definisi tadi juga, ia disebutkan azan itu perkataan-perkataan tertentu. Apakah perkataan-perkataan tertentu itu? Lafaz azan. Bagaimana azan itu dilafazkan? Inilah teksnya.
Sejarah Azan dan Iqamat
Ia disyariatkan ketika tahun pertama Hijrah. Orang Islam berkumpul di Madinah untuk menunaikan solat. Mereka mula bertanya, bagaimana nak ajak orang solat? Ada sahabat usulkan untuk guna loceng seperti orang Nasrani. Ada sahabat lain yang usulkan untuk guna trompet seperti orang Yahudi. Rasulullah suruh Bilal bin Rabah untuk panggil orang solat dengan lafaz tertentu.
Hal itu sama dengan mimpi Abdullah bin Zaid. Beliau pernah bermimpi di mana dalam mimpi itu ada seseorang yang mengajarnya untuk memanggil orang solat dengan lafaz-lafaz sedemikian. Rasulullah akui mimpi beliau. Sesungguhnya, itu mimpi yang benar.
Hukum Azan dan Iqamat
Rasulullah bersabda, “Maka apabila waktu solat telah masuk, hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan.” (Bukhari)
Dalam mazhab Syafie, hukum untuk melaungkan azan dan iqamat itu adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut. Imam an-Nawari berkata, “(Di sisi) mazhab kami (pendapat) yang masyhurnya adalah keduanya (azan dan iqamah) itu sunat bagi kesemua solat semasa hadir (tidak bermusafir) dan juga semasa musafir, bagi (solat) berjemaah dan juga solat secara bersendirian. Keduanya itu tidak wajib maka sekiranya seseorang meninggalkan keduanya maka sah solat secara bersendirian dan juga secara berjemaah.” (Majmu’ Syarh al-Muhazzab)
Namun apa yang menarik dalam perkongsian ini adalah kelunakan suara seorang pemuda melaungkan azan yang mirip suara azan Bilal di Mekah. Sama-sama kita nilai sendiri dengan mendengar video di dalam perkongsian ini…
Jengka: Kelunakan suara Ahmad Syarhan Ahmad Syakir pernah dis4lah erti segelintir warganet yang menyangka dia membuat lyp sinc dalam video laungan azan dimuat naiknya di TikTok.
Ini kerana ada yang menyangka Ahmad Syarhan, 19, menggunakan suara azan bilal di Makkah kerana kedengaran sama.
Hakikatnya, Ahmad Syarhan tidak menggunakan aplikasi khusus untuk melakukan suntingan dan suara dalam video itu memang kepunyaannya.
Bercerita lanjut, penutut Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang yang berasal dari Rawang, Selangor itu berkata video berkenaan dimuat naik dua bulan lalu dan niatnya sekadar untuk menjadikannya salah satu kandungan di platform TikTok.
“Tak sangka pula perkongsian video itu mendapat perhatian pengguna TikTok dari Indonesia hingga timbul pertik4ian dan salah faham dalam kalangan mereka.
“Mereka ingatkan saya membuat lip sync kerana muka saya kelihatan bersahaja sedangkan itu memang suara saya.
“Namun, saya ambil segala kutvkan mereka daripada sudut positif dan anggap andaian neg4tif itu timbul disebabkan salah faham,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
KELUNAKAN suara Ahmad Syarhan mendapat perhatian warganet selepas memuat naik video melaungkan azan di TikTok. FOTO Ahmad Syarhan Ahmad Syakir
Berkongsi latar belakangnya, Ahmad Syarhan berkata, dia pernah merangkul gelaran johan hafazan al-Quran kategori sekolah menengah dalam Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan pada 2019.
Katanya, dia mewakili Pulau Pinang kerana menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Kepala Batas ketika itu.
“Minat mempelajari taranum timbul selepas mendaftar masuk ke MRSM Ulul Albab ketika di tingkatan satu.
“Di situ juga, saya mendapat bimbingan dan pendedahan hingga ada keyakinan untuk menyertai pertandingan hafazan.
“Syukur kerana pernah layak bertanding di peringkat kebangsaan dan beroleh kemenangan dalam pertandingan itu,” katanya.
AHMAD Syarhan pernah merangkul gelaran johan hafazan Al-Quram kategori sekolah menengah dalam MTQSS KPM Peringkat Kebangsaan 2019. FOTO Ahmad Syarhan Ahmad Syakir
Berkongsi hala tujunya, Ahmad Syarhan berkata, sekalipun nampak cenderung ke arah keagamaan, dia tidak mahu mengeh4dkan diri dalam skop itu saja.
Sebaliknya, Ahmad Syarhan mahu meneroka bidang lain yang boleh memberinya peluang menabur bakti kepada masyarakat.
“Sebenarnya, saya mahu ubah persepsi segelintir masyarakat yang menganggap individu yang cenderung terhadap aktiviti, hal atau latar belakang keagamaan hanya ada pengetahuan dalam bidang itu saja (bidang agama).
“Realitinya, ramai dalam kalangan mereka ada kemahiran lain dan disebabkan itu saya memilih menyambung pelajaran dalam aliran kejuruteraan.
“Saya mahu belajar kemahiran lain yang akhirnya boleh membantu masyarakat apabila berada di alam pekerjaan kelak,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/