Home / Terkini / Kenangan perbualan terakhir Shuib bersama arwah Siti Sarah diabadikan dalam “Tinggalkan Diriku”… Allahuakbar sayunya…

Kenangan perbualan terakhir Shuib bersama arwah Siti Sarah diabadikan dalam “Tinggalkan Diriku”… Allahuakbar sayunya…

Perbualan akhir bersama Allahyarham Siti Sarah dalam Tinggalkan Diriku. Melalui rakaman video klip yang mula tular pada hujung tahun lepas, alunan sayu dan pilu suara arwah menyanyikan bait-bait lirik lagu ‘Tinggalkan Diriku’ seolah-olah mengetahui peng4khiran dirinya sepertimana yang dikongsikan melalui saluran youtube Shuib Channel yang dilaporkan melalui laman berita K Online.

PETALING JAYA – 9 Ogos 2021. Satu tarikh ‘berd4rah’ yang akan dikenang oleh pelawak dan usahawan terkenal Shuib apabila isteri yang dikasihi p3rgi dij3mput Ilahi buat selama-lamanya.

Pastinya pem3rgian Allahyarham Siti Sarah meninggalkan 1,001 memori yang amat sukar untuk ditempuhi.

Kehil4ngan tersebut ternyata telah meninggalkan rasa sepi, kosong dan bagaikan hilang seluruh jiwa sehingga menc3ngkam sanubari pemilik nama penuh Shahmira Muhamad itu.

Lebih menyentuh jiwa, hari ini sebuah karya hebat nyanyian Siti Sarah berjudul Tinggalkan Diriku telah dilancar dan diperdengarkan secara rasmi kepada umum pada pukul 3 petang tadi.

Kata Shuib, lagu tersebut merupakan rakaman suara arwah isterinya ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah sekitar tahun 2018.

“Enam hari selepas pem3rgian Allahyarham, saya mendengar rakaman lagu Tinggalkan Diriku yang dirakamkan ketika sesi latihan untuk Showcase Siti Sarah yang diadakan pada 2018.


“Rasa seb4k, hib4 dan segala rasa hadir menerpa jiwa sepanjang mendengar semula lagu tersebut.

“Cara penyampaian arwah sangat berbeza dan istimewa sekali, seperti sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti. Bait-bait lirik yang cukup indah sangat meninggalkan kesan kepada pendengar,” kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu.

Rentetan itu, anggota kumpulan Sepahtu itu mengambil keputusan untuk mengabadikan karya istimewa ciptaan oleh Aidit Alfian tersebut menjadi sebuah video muzik (MV) sebagai tanda cinta kepada bidadari syurganya.

Untuk rekod, lagu tersebut telah dirakam pada tahun 2002 untuk album Mimpi Pun Sama dan dilancar sekitar tahun 2003.

Antara yang paling mencvri perhatian ramai semestinya rakaman perbualan terakhir Shuib bersama arwah isterinya sebelum ditid0rkan pada 6 Ogos lalu bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya.

“Menerusi MV ini saya selitkan perbualan akhir bersama Siti Sarah ketika memberikan kata-kata semangat bagi memujuk arwah untuk ‘ditid0rkan’.

“Ini adalah momen paling suk4r dalam hidup saya sebagai seorang suami dan bapa. Perbualan tersebut adalah tanda peng0rbanan besar seorang ibu yang bert4rung ny4wa untuk melahirkan seorang anak,” kata Shuib lagi.

Sebagai info, Tinggalkan Diriku telah dilancarkan menerusi semua platform digital mulai hari ini termasuklah klip video rasmi.

Sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al Fatihah buat arwah Siti Sarah dan didoakan semoga rohnya tenang di sana. Amin Ya Rabbalalamin.

Sumber: K! ONLINE & Shuib Channel

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Kasihnya ‘abah’ anggap macam anak sendiri, buat ramai sebak…

Tular di media sosial sebuah video pendek yang menyaksikan seorang warga emas masuk ke padang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *