21 NASIHAT DARI RASULALLAH SAW
Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju ke syurga Allah SWT. Perhatikan ini:
1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud”.
( Hadis Riwayat Muslim)
2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Adakah kalian inginkan sebuah istana di dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana di dalam syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Muslim)
4. Adakah kalian inginkan keredhaan Allah setiap masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum”. (Hadis Riwayat Muslim)
5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat”. (Hadis Riwayat Abu Daud)
6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menziarahi dan solat jen4zah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jen4zah ke kub0r maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim di dalam syurga”. (Hadis Riwayat Bukhari)
9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjih4d di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tungg4l dan orang m!skin pahalanya seperti orang yang berjih4d di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa”. (Hadis Riwayat Muslim)
10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas m4ti?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meningg4l duni4 adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada khazanah syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca ” LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH” dia akan mendapat satu daripada khazanah syurga”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam”. ( Hadis Riwayat Muslim)
14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca ” QUL HUWA ALLAHU AHAD… ” dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim)
15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah ‘SUBHA NALLAH WABIHAM DIHI… ‘ dan ‘SUBHA NALLAH HAL A’ZIM..” (Hadis Riwayat Bukhari)
16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki”. (Hadis Riwayat Bukhari)
17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah”. (Hadis Riwayat Muslim)
18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua d0sa kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca ‘ SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.’ sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan d0sanya walaupun sebanyak buih dilaut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada az4b 4pi n3raka?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada az4b 4pi n3raka”. (Hadis Riwayat Bukhari)
20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkat darjatnya dan memuliakannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan, Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jih4d dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada s3ks4an 4pi ner4ka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.
Sumber: Laman Khazanah Nabi Muhammad SAW.
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/