Home / Islamik / Im4m al-M4hdi adalah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia, Jom kita kenali Imam Mahdi Sebenar

Im4m al-M4hdi adalah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia, Jom kita kenali Imam Mahdi Sebenar

Mengenali Im4m M4hdi sebenar adalah penting buat semua Mukmin bagi mengelakkan daripada diri terpengaruh dengan individu atau ajaran yang mengaku sebagai Im4m M4hdi. Sila ikuti perkongsian yang dibuat oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) melalui laman berita Harian Metro.

PENDAPAT paling tepat ialah al-Mahdi dilahirkan di Madinah daripada silsilah Nabi Muhammad SAW.
Im4m al-M4hdi adalah seorang insan yang akan dilahirkan di akhir zaman bagi memberi petunjuk kepada manusia yang mula hil4ng ar4h dan tujuan sebenar beragama. Dengan kedudukan Im4m al-M4hdi yang ag0ng, kita diperlihatkan mutakhir ini ada sos0k manusia yang mula meng4ku secara langsung bahawa dia adalah Im4m al-M4hdi. Tidak sekadar pengakuan yang biasa, bahkan mereka yang ta4sub mula menjadikannya sebagai ‘tuan’ sehingga Im4m al-M4hdi p4lsu memiliki ramai pengikut yang s3sat dan meny3satkan.

Pengakuan sesetengah manusia sebagai Im4m al-M4hdi ini bukan hanya berlaku pada zaman ini sahaja, bahkan telah dikenali sejak zaman berzaman sebelum ini lagi. Di antara individu yang pernah membuat dakwaan bahawa dia adalah al-M4hdi ialah Ubaidullah bin Maimun al-Qaddah yang merupakan pengasas Daulah Fathimiyah. Muhammad bin Tumart membuat dakwaan j4hat lagi dvsta bahawa dirinya adalah al-M4hdi al-Muntazhar. Al-M4hdi kelompok Kaisan yang menyangka bahawa al-M4hdi adalah Muhammad bin al-Hanafiah. Kewujudan individu ini secara asasnya adalah keyakinan mereka bahawa akan turunnya Im4m al-M4hdi, namun disebabkan keta4suban, mereka dengan sendirinya melantik diri mereka sebagai al-M4hdi akhir zaman.

Im4m al-M4hdi merupakan manusia yang akan muncul di akhir zaman sebagaimana hadis yang menceritakan perihal beliau. Peranan beliau adalah mengu4sai keseluruhan bangsa Arab sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Dunia tidak akan berlalu pergi sehinggalah bangsa Arab akan diku4sai oleh seorang lelaki daripada kalangan ahli baitku yang namanya bersamaan dengan namaku.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Beliau akan turut serta memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama selama tujuh tahun. Perkara ini berdasarkan hadis Baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Al-M4hdi daripadaku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kez4liman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdillah al-Alawi al-Hasani dari zuriat al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA. Di dalam kitab al-Tazkirah, al-Imam al-Qurthubi menyebut bahawa kelahiran Im4m al-M4hdi adalah di negara Maghrib. Sebahagian ulama pula berkata bahawa al-Mahdi dilahirkan di Andalus. Walau bagaimanapun pendapat yang paling tepat ialah yang diriwayatkan daripada Abu Nu’aim daripada Hammad daripada Ali bin Abi Thalib RA bahawa al-M4hdi dilahirkan di Madinah.

Kemunculan Im4m Al-M4hdi adalah petunjuk kepada sekalian manusia yang mula h4nyut dan terpalit dengan kezaliman yang banyak berlaku. Silsilah keturunan Im4m Al-M4hdi ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: ‏ “Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu daripada kalangan aku – atau daripada ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegel4pan dan kez4liman.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Menurut al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah: Iaitu Allah mengampunkannya dan memberi taufiq kepadanya serta Allah memberi ilham dan petunjuk kepadanya sedangkan dia tidak diberikan perkara tersebut sebelumnya.

Diriwayatkan daripada Thauban RA beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: “Apabila kalian melihat p4nji-p4nji hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia. Kerana sesungguhnya padanya terdapat Khalifah Allah al-M4hdi.” (Hadis Riwayat al-Hakim)

Berdasarkan perbahasan ulama, terdapat tanda-tanda yang terdapat pada Im4m Al-M4hdi antaranya di bahagian bahu beliau terdapat tanda yang sama pada bahu Nabi SAW. Beliau akan berkumpul bersama Nabi Isa AS dan Nabi Isa akan bersolat di belakangnya. Pada ketika itu, penduduk bumi akan merasa cukup pada zaman keku4saannya dan banyaknya keberkatan dari bumi akan keluar. Keistimewaan beliau juga ialah apabila menanam satu batang kayu di atas tanah yang k3ring lalu ia akan menjadi hijau dan berdaun.

Di antara sifat-sifat keperibadian al-Im4m al-M4hdi adalah seperti berikut:

• Beliau merupakan seorang anak Adam.

• Dahinya luas dan hidungnya mancung.

• Kedua-dua matanya bercelak.

• Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.

• Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah SAW.

• Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuhnya seperti tubuh orang Isr4el.

• Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.

• Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi SAW.

Al-Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam kitab al-Fitan wal-Malahim, berkata: “Aku menyangka bahawa keluarnya al-M4hdi berlaku ketika turunnya Nabi Isa AS. Ini berasaskan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Isa bin Maryam turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-M4hdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: “Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan daripada ulama berkaitan kemunculan Im4m al-M4hdi:

Pandangan pertama: Im4m al-M4hdi adalah seorang pemimpin soleh yang Allah SWT utuskan untuk memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kez4liman. Beliau menjadi seorang mujaddid (tokoh pembaharuan) untuk agama ini.

Ibn Khaldun menjelaskan bahawa pendapat yang masyhur di sisi umat Islam keseluruhannya kelak akan munculnya seorang lelaki daripada kalangan ahli bait yang akan menguatkan agama, menzahirkan keadilan dan diikuti oleh kaum Muslimin dan beliau akan mengu4sai ke atas kerajaan Islam. Beliau dinamakan sebagai Al-M4hdi. Sesungguhnya Isa akan datang selepasnya dan membun0h D4jjal atau Isa turun bersama-samanya (al-M4hdi) lalu dia membantunya untuk membun0h D4jjal dan Nabi Isa menjadi makmum kepada al-M4hdi semasa solatnya

Pandangan kedua: Mereka yang menolak kewujudan al-M4hdi dan menafikan kemunculannya pada akhir zaman disebabkan kelem4han dalam pemahaman terhadap hadis akhir zaman.

Justeru itu, Im4m al-M4hdi merupakan salah satu tanda daripada tanda ki4mat besar yang akan berlaku kelak. Maka kepercayaan terhadap kewujudannya adalah sebagaimana keimanan kita terhadap Hari Ki4mat yang akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.