Home / Terkini / Innalillahiwainnailaihirajiun, Hasrat pemandu lori sayur untuk berhenti kerja menjadi kenya­taan selepas dia m4ut dalam kejadian tan4h runt0h… Salam Takziah, Al Fatihah (dibaca)

Innalillahiwainnailaihirajiun, Hasrat pemandu lori sayur untuk berhenti kerja menjadi kenya­taan selepas dia m4ut dalam kejadian tan4h runt0h… Salam Takziah, Al Fatihah (dibaca)

Bila sudah sampai masa yang dijanjikan untuk kita, ianya tidak akan lambat atau cepat walau sesaat. Perjalanan ter4khir pemandu lori sayur di Cameron Highland apabila beliau menjadi mangs4 k0rban tan4h runt0h dari Simpang Pulai ke Cameron Highland sepertimana yang dilaporkan melalui laman berita Kosmo.

IPOH – Hasrat pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, untuk berhenti kerja menjadi kenya­taan selepas dia m4ut dalam kejadian tan4h runt0h di Kilometer 27.10, Jalan Simpang Pulai – Blue Valley di sini kelmarin.

Nor Shahida Saidin, 31, berkata, suaminya sebelum ini me­ngadu l3tih dan s4kit bad4n ke­rana terpaksa berulang-alik dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands setiap hari.

Katanya, hasrat itu diluahkan suaminya ketika mereka dalam perjalanan pulang dari kampung di Tanjung Piandang, Kerian untuk berbincang mengenai perkahwinan adiknya.

“Dia kata dua tiga hari ini macam s4kit b4dan, l3tih, rasa macam nak berhenti kerja sekarang dan memandu treler pula.

“Kerjanya sekarang perlu ­ulang-alik naik ke Cameron Highlands dan selepas itu hantar barang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta Alor Setar, Kedah.

“Tetapi dia kata kalau pandu tre­ler nanti terpaksa berjauhan dengan anak-anak sebab hanya balik rumah seminggu sekali,” katanya ketika ditemui di Jabatan F0rensik, H0spital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.

NOR SHAHIDA ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun semalam.
Menurut Nor Shahida, arwah suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum kejadian itu berlaku.

Katanya, sebelum keluar be­kerja, suaminya sempat menciumnya dan dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri, tujuh bulan.

“Suami juga berpesan, dia akan kembali ke rumah selepas kerja selesai,” ujarnya s3bak.

Nor Shahida berkata, rakan suaminya ada memberitahu bahawa lori yang terbabit kejadian tan4h runt0h adalah membabitkan suaminya, namun dia tidak mempercayainya.

“Tidak lama kemudian, maji­kan suami beritahu lori yang dipandu Muhammad Hafiz terlibat kem4langan, saya terdiam seketika,” ujarnya.

Dia kemudian bergegas ke lokasi bersama ahli keluarga lain untuk melihat kejadian itu.

“Saya sampai sekarang tidak boleh tidur dan sering memikirkan macam mana keadaan arwah suami ketika kejadian,” katanya.

Muhammad Hafiz meninggalkan empat anak termasuk dua daripadanya perkahwinan terdahulu.

Kejadian tanah runt0h tersebut turut mengakibatkan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, m4ut.

Perginya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Walau pun penat namun digagahkan juga demi mencari rezeki buat keluarga tercinta. Salam takziah buat keluarga arwah semoga reda dan tabah menerima ketentuan Ilahi. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diampunkan dosa-dosa. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al Fatihah buat arwah, rehatlah dengan tenang di negeri abadi.

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Kasihnya ‘abah’ anggap macam anak sendiri, buat ramai sebak…

Tular di media sosial sebuah video pendek yang menyaksikan seorang warga emas masuk ke padang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *