Inilah jutaw4n y4ng mewakafkan tanah dan saham bernilai RM56.6 juta ringg1t ke jalan Islam.
Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luas sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.
Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta. Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudvkannya tidak jauh dari KLCC.
Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun. Dihari kem4tian beliau pada 24 Januari 1987, beliau men1ngg4l di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.
Ahmad Dawjee Dadabhoy
Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat bertapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.
Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang men1ngg4l dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum men1ngg4l dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.
Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kem4tian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akh1r4t kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.
* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya pada tahun lepas. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk ‘Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah’ dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.
Kelebihan Berwakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“ Apabila m4tinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )
sumber: satkoba via infomanafaat.net
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/