Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai berwaspada kerana terdapat mereka yang suka menangguk di air yang keruh. Beliau juga turut menafikan
dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya. Semoga khidmat bakti Abang Viva ini sentiasa dipermudahkan dan dijauhkan dari golongan yang cuba mengambil kesempatan di atas keikhlasan hatinya.
KUALA LUMPUR – Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan viralnya, Abang Viva terkejut selepas mendapat tahu ada pihak yang cuba meminta duit dan mengumpul dana di atas namanya.
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa b4njir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
“Tak ada. Tak pernah. Sejak hari pertama saya membantu mangsa b4njir sehingga menjadi viral secara tak sengaja, saya tak ada buat kumpul dana atau minta duit dari pihak media untuk sebarang temubual,” katanya kepada Gempak ketika ditemui hari ini.
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka yang menjadi hero rakyat Malaysia kerana kemuliaan hatinya membantu mangsa benc4na b4njir di beberapa negara ini mengulas isu tersebut selepas ada seorang pengguna Twitter yang meminta bayaran daripada pihak media untuk menembualnya.
“Saya terkejut dengan berita ini. Saya bergerak secara solo, tak ada kawan yang uruskan atau jadi orang tengah atur ke minta duit dan sebagainya,” tambah Azwan kesal.
Azwan juga menegaskan dia tidak mahu ada pihak menghulurkan bantuan atau tertipu dengan mana mana pihak yang menggunakan namanya atas kepentingan peribadi.
“Saya mohon hentikan perkara ini dan semua lebih berhati-hati. Saya tak mahu kepercayaan orang terhadap saya atau mana mana pihak yang dipertanggungjawabkan disalah erti,” jelasnya lagi.
Meski tidak pernah mengumpul dana atau meminta duit daripada orang ramai, Azwan mengaku tetap menerima banyak sumbangan daripada individu persendirian atau agensi bukan kerajaan yang terserempak dengannya sewaktu misi menyelamat dijalankan.
Bagaimanapun dia akan menolak secara baik kerana misi utamanya adalah menyelamatkan seberapa ramai mangs4.
“Memang ada ramai orang bagi duit dan sumbangan. Terus terang jika diberikan kepada saya, saya tak perlukannya.
“Saya ada duit sendiri, insya-ALLAH cukup untuk misi saya.
“Tapi jika penyumbang amanahkan saya untuk berikan atau belikan barang keperluan mangsa banjir, saya cuba tunaikan. Sebab berat sebenarnya pegang amanah orang ni,” katanya tersenyum.
Terdahulu, Azwan menjadi tular di seluruh negara selepas hanya menggunakan kereta jenis Viva dan sebuah bot yang diikat di atas keretanya dari Melaka ke Shah Alam, Selangor berbekal RM50 untuk menyelamatkan mangs4 b4njir, minggu lalu. – Awani
Sumber: Sinar Harian
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/