Home / Islamik / (VIDEO) Kisah Hafiz Cilik Ini Sudah Menghafal 42 Surah Pada Usia 2 Tahun. Ini Perkongsian dari ibubapanya…

(VIDEO) Kisah Hafiz Cilik Ini Sudah Menghafal 42 Surah Pada Usia 2 Tahun. Ini Perkongsian dari ibubapanya…

Perkongsian yang dibuat pada tahun 2018 melalui laman berita utama dan alternatif ini mendapat banyak manfaat kepada ibubapa untuk memudahkan anak-anak dapat menghafal ayat-ayat suci Al Quran. Berdasarkan perkongsian yang dibuat ibubapa mereka memperdengarkan Ayat Suci Al-Quran sejak dilahirkan, Hafiz Cilik ini sudah menghafal 42 surah pada usia 2 tahun.


Pada tahun 2018 video ini mula tular di laman sosial seorang anak kecil yang baru berusia 2 tahun sudah boleh menghafal Al-Quran. Ahmad Ziyyad Mohd Zahir mula menunjukkan minat menghafal Al-quran sejak berumur 11 bulan.

Disaat kanak-kanak lain yang seusia dengannya masih belum mampu untuk membaca tetapi atas anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T Ahmad Ziyyad sudah mampu untuk membaca Al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

Ibunya Nurul Syahidah Lukman, 27, mengatakan surah di dalam Al-Quran menjadi penghibur dan peneman anaknya setiap hari ketika bermain.

“Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas,” katanya

Kaedah yang diterapkan bersama suaminya Mohd Zahir Noor Sabri, 30, nyata memberi kesan yang memberangsangkan apabila kini anaknya itu sudah mampu menghafal 42 surah termasuk kesemua surah lazim.

“Saya pernah menyuruhnya membuka mana-mana halaman Muqaddam untuk dibaca, apa yang buat saya terharu dia dapat membaca dengan betul,” katanya lagi

Surah yang sering menjadi pilihan Ahmad Ziyyad untuk dihafalnya ialah surah Al-Waqiah, surah Ar-Rahman, surah Yaasin, surah Al-Mulk dan surah Al-Kahfi.

Menurut Syahidah lagi, kini anak tunggalnya itu sudah boleh membaca kesemua surah tersebut tetapi masih lagi perlu dibantu di permulaan ayat dan Ziyyad akan sambung membaca hingga ke akhir surah.


Mengulas lanjut tentang kaedah yang digunakan untuk merangsang minda anaknya itu, Syahidah berkata perancangan rapi untuk anaknya itu telah dirancang ketika Ziyyad masih lagi dalam kandungan dan Ziyyad sudah didedahkan dengan ayat suci Al-Quran sejak dia baru sahaja dilahirkan.

“Kami tidak pernah memasang lagu lain selain ayat Al-Quran. Sama ada dirumah, ditempat kerja atau di dalam kereta,” ujarnya

Syahidah dan suami yang berkhidmat di Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga mengatakan ayat Al-Quran juga menjadi pengulit untuk anaknya tidur di malam hari.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, amat menakjubkan. Ini mungkin adalah mukjizat Al Quran yang tidak terbatas bacaannya kepada mana-mana orang walaupun di kalangan anak-anak yang masih kecil. Hanya usaha dan kehendak untuk membaca Al Quran yang menjadi perbezaan. Sememangnya tiada istilah susah untuk membaca Al Quran dan ianya dibuktikan melalui kisah ini… sejuk perut ibu mengandung. Mungkin kini dah lebih banyak surah yang dapat dihafal oleh anak ini.

Sumber: siakapkeli.my & Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *