Video tular bayi yang baru keluar dari perut ibu, Menyebut nama ALLAH berkali- kali. Sama-sama kita ikuti perkongsian ini seterusnya memahami hakikat dan asal usul kejadian kita sejak dari alam ruh sehingga dilahirkan ke dunia ini.
Seorang bayi aja1b dilahirkan di Bangladesh dan merupakan anak pasangan Khoda Box dan Rozena Begum.Bayi tersebut dapat menyebut nama ‘Allah’ dengan jelas dan videonya berjaya menarik perhatian warganet.Kejadian tersebut membuktikan kekuasaan Allah, yang tidak akan berlaku kalau memikirkan logik akal, sesuai dengan firmanNya dibawah:
“Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu)
orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka berfikir tentang penciptaan langit dan bumi. sambil berkata):
“Wahai Rabb kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci kamu, maka lindungi kami dari s1ksaan ne’raka”. [Ali ‘Imran / 3: 190-191].
Berdasarkan laporan Siraman islam, bayi itu dilahirkan di hospital Peringatan Moinuddin di Sirajgnaj, Bangladesh.
Walaupun rakyat Bagladesh majoritinya adalah muslim, kejadian tersebut dapat menambahkan lagi ketakwaan mereka dan termasuk kita bersama.
Semoga bermanfaat dan terima kasih.
Sumber:Cerita Press via portalislamik
Peringkat kehidupan manusia di dalam lima alam.
Manusia yakni kita semua adalah dari zuriat Adam AS ini dalam menuju kepada tempat kembali ke hadrat Ilahi kelak, dimana pasti akan melalui lima peringkat kehidupan. Ringkasnya ia terdiri daripada alam Ruh, alam Rahim, alam Dunia, alam Barzakh dan alam Akhirat. Untuk perkongsian kali ini, perbincangan hanya dibuat dari alam Ruh sehingga alam Dunia.
ALAM RUH
Sebelum dijadikan jas4d, manusia pada awalnya berada di alam ruh.Kita sebagai manusia biasa tidak mengetahui akan hakikat bilakah ruh dijadikan. Ulama berpendapat bahawa kewujudan ruh adalah semenjak azali lagi sama seperti kejadian malaikat dan jin. Suatu ketika dulu, nabi Adam telah diiringi oleh para malaikat ke lembah bersebelahan denga bukit Rahmah, sebuah lembah yang sangat besar.
Di sana dengan kekuasaan yang dimiliki oleh Allah, telah dikeluarkan dari tulang belakang Adam akan seluruh ruh anak cucu nya bermula dari awal dunia hinggalah ke akhirnya kelak termasuklah anak yang keluar kerana kekvfuran. Ruh2 tersebut telah disusun demikian rupa namun lembah tersebut masih penuh sesak sehinggakan menabjubkan para malaikat kerana sekiranya ruh2 itu diberikan jasad sudah tentu akan sempitlah permukaan bumi ini.
Ruh2 tersebut dikeluarkan bagi mengikat tali perjanjian dengan Allah dan dimasukkan semula ke tulang belakang Adam dan akan dilahirkan bila tiba saatnya kelak. Isi perjanjian di antara ruh dengan Allah itu berbunyi berikut : “MENGAKUI DAN NAIK SAKSI AKAN KETUHANAN ALLAH DAN KEESAANNYA, YAKNI TAAT KEPADANYA DAN MENGINGAT SEGALA TITAH PERINTAHNYA SERTA MENJAUHI SEGALA MACAM LARANGANNYA” Perjanjian di atas dapat kita buktikan melalui firman Allah di dalam surah Al-A’raf ayat 172-174.
Apabila ruh dah ditiupkan ke dalam jasad akan berlakulah beberapa perubahan. Ada yang dapat kita perhatikan. Sesungguhnya apa yang terjadi pada janin di dalam rahim setelah ditiupkan ruh dapat diketahui dengan menelaah perubahan fungsional, perubahan spesifikasi, gerak, respons terhadap pelbagai pengaruh dan emosi.
Wahai Saudaraku sekalian, Demikianlah hal yang berkaitan dengan alam Ruh, semoga Allah Taala selalu peringatkan dan menyedarkan kita serta dipermudahkan olehNya untuk menunaikan janji asal kita itu sekaligus mendapatkan keredhaanNya..maka.. Sebagai manusia, kita adalah salah seorang keturunan Adam yang tidak terlepas daripada perjanjian taat kepada Allah, kita hendaklah insaf dan sedar serta wajib menunaikan janji dan menepati persaksian yang telah kita lakukan sendiri di alam Ruh tersebut.
ALAM RAHIM
Alam kedua yang pasti dilalui oleh semua umat manusia adalah alam rahim. Rahim menurut bahasa arab bererti kasih sayang. Ia dinamakan alam rahim kerana benih atau calon manusia yang berada di dalamnya adalah sangat dikasihi dan disayangi sedemikian rupa baik oleh ibu bapa mahupun siapa sahaja yang mengetahui bahawa ibu itu sedang mengandung sehinggakan kesihatan dan keperluannya akan dijaga dengan sempurna. Tingkat petumbuhan kejadian manusia di dalam rahim ibu adalah sebagaimana yang diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani dan Ibnu mandah daripada sanad At-Tarmizi dan An-Nasai.
Rasulullah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya bilamana Allah berkehendak menjadikan seseorang hambanya , ditakdirkan suami melakukan jim4k terhadap isterinya, maka mengalirlah air maninya meresap ke segenap urat-urat dan anggota isterinya. Bila telah sampai pada hari ketujuh, terus dihimpunkan oleh Allah bersama-sama dengan air mani wanita itu sendiri. Kemudian mulailah dihadirkanlah segala urat-urat yang diperlukan bayinya, selain kejadian Adam sendiri di dalam bentuk dan rupa apa yang dikehendakiNya, terus disusun-Nya” Allah mula menjadikan jasad setelah percantuman air benih di dalam rahim.
Manusia berada di alam rahim ibu selama 9 bulan 10 bulan dengan izin Allah. Tingkat penyusunan manusia diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya ayat 12-14 surah al-Mukminun.
Allah berfirman di dalam ayat 5 surah al-Hajj diperjelaskan bahawa gumpalan daging itu akan menjadi dan tidak dan bahawa peredaran kejadian terjadi dan telah ditetapkan di dalam rahim sampai beberapa masa yang dikehendaki Allah barulah ia akan dikeluarkan ke alam dunia ini sebagai bayi dan seterusnya ayat itu berbunyi :
Menurut sepakat ulama mengatakan bahawa masa pemberian nyawa/jiwa pada seseorang calon manusia di dalam rahim tidak boleh tidak kecuali setelah 4 bulan.
Ada riwayat dari Ibnu Abbas RA mengatakan bahawa nafkhurruh itu diberikan setelah empat bulan 10 hari.Imam Ahmad bin Hanbal RA juga sependapat dengannya. Melihat dari segi inilah juga terselit hikmah dan rahsia dimana Islam menetapkan tempoh iddah seorang isteri yang kem4tian suami adalah 4 bulan 10 hari yakni lebih kurang 130 hari. Dalm erti kata lain, bila masuk bulan kelima dengan kenyataan wanita itu tidak hamil, maka dia akan dianggap suci.Maka lihatlah wahai umat manusia betapa indah dan lengkapnya Islam dalam pelbagai aspek..
Ulama fiqh menerangkan bahawa apabila seorang wanita yang sedang dalam keadaan normal tidak mengeluarkan dar4h kot0ran (haid) lagi, maka itulah suatu tanda saat permulaan kehamilannya. Dar4h itu terkumpul terus selama mana perkembangan kandungannya hingga saat nafkhurruh. Bila mana suatu janin itu telah diberi nyawa, maka d4rah haid itulah makanannya melalui tali pusatnya, sebab mulutnya belum boleh terbuka selama mana ia masih di dalam kandungan. Seterusnya janin akan berkembang membesar sehinggalah masuk bulan kelima. Pada masa itu, ia akan memakan apa yang dimakan dan diminum oleh ibunya melalui tali pusat serta merasa apa yang dirasaka oleh ibunya..Maha Agung Pencipta sekalian mahkluk..
Wahai saudaraku sekalian… Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah asal kejadian manusia daripada tanah dan dar4h nutfah, maka seharusnya manusia jangan suka berlagak sombong dan membanggakan diri kerana kita semuanya berasal daripada tanah dan darah yang k0tor. Sehubungan dengan itulah, kita dikehendaki merendahkan diri dengan sujud melakuakn solat lima kali sehari agar kesombongan yang ada paad diri akan lenyap..ingatlah bahawa daripada tanah kita diciptaka dan kepada tanaklah juga kita akan dikembalikan dengan perintah Allah dan dari tanahlah jua kita akan dibangkitkan ke muka pengadilan di akhirat kelah ..Masya allah…
ALAM DUNIA
Setelah cukup tempoh yang dikehendaki oleh Allah, manusia akan lahir ke alam dunia sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Di peringkat kehidupan inilah, manusia menjalani kehidupan yang agak lama sebelum berngkat ke alam lain. Di alam dunia, manusia menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta melakukan pelbagai amalan bagi bekalan di alam akhirat kelak.
Hakikat kejadian manusia di dunia adalah untuk melaksanakan tugas kekhalifahan, membangun dan mengelola dunia ini sesuai dengan kehendak Allah, kerana tujuan hidup manusia telah ditetapkan yakni mengabdikan diri kepada Allah. Manusia diberikan tugas yang ber4t ini disebabkan kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan kepada manusia yang mana tidak dimiliki oleh mahkluk lain seperti :
1. Kemampuan untuk mengetahui sifat-sifat, fungi dan kegunaan pelbagai benda. Hal ini digambarkan di dalam firman Allah :
2. Bumi, langit dan seluruh isinya telah ditundukkan kepada manusia sebagaimana firman Allah :
Menurut kebiasaannya, apabila bayi itu lahir sahaja ke dunia ini, ia akan men4ngis dan menj3rit. Bilamana ia tidak berbuat demikian, pasti ada yang tidak kena pada bayi tersebut. Maka bidan akan melakukan sesuatu agar ia boleh kembali k3pada keadaan yang normal seperti membuat urutan dan sebagainya.
Menurut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda ” Tiap-tiap anak Adam itu, ditvsuk oleh sy4itan pada lambung sisinya ketika ia dilahirkan, kecuali Isa bin Maryam, sy4itan hendak menvsuknya, tetapi terkena kepada hijabnya sahaja. Berpandukan hadis ini jelaslah bahawa sebab yang menyebabkan setiap bayi yang dilahirkan pasti akan menjerit atau menangis di awal kelahiran adalah daripada tusvkan kaum sy4itan sebagai tanda perkenalan dimana ia telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas untuk meny3satkan anak cucu Adam.
Walau bagaimanapun, jika dilihat dari segi ilmiah moden, bayi itu menjerit atau menangis disebabkan kerana akibat daripada menempuh udara luar( dari alam rahim) yang dingin yang mengandungi zat oksigen,hidrogen, karbon dioksida dan lain2 yakni berbeza ketika berada di alam rahim. Di alam dunia manusia melalui beberapa fasa seperti alam bayi, remaja, dewasa dan tua serta sehinggalah dia kembali kepada Pencipta yang Esa.
Berbeza pula dalam perkongsian ini, bayi yang baru keluar dari perut ibunya tidak menangis, sebaliknya menyebut nama Allah SWT berulang-ulang. Subhanallah, dengan izin Allah SWT semua perkara yang dikehendakiNya akan terjadi.
Sumber:
RUJUKAN :
1. Huru-hara di hari kiamat – Abdul malik Ali AL-Kulaib Penerbit At-Tibyan Solo 2001
2. Panggilan Kubur dan Alam Akhirat 4- Muhammad Ramzi Omar Pustaka Ilmi 2002
3.Kuburku Syurgaku : Kematian, hikmah, persiapan dan amalan2nya – Muhammad Taifiq Ali Yahya 2005 Penerbit Lentera Jakarta
4. Semesta Ruh : Cara Nabi Melesatkan Potensi Diri – Dr Abd al-Basith Muhammad PT Serambi Ilmu Semesta Jakarta 2004
via http://kejadian-manusia.blogspot.com/
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/