Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemal4ngan lalu k0ma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang k0ma.
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kec3deraan dalam satu kem4langan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sed4rkan diri setelah keluar daripada bilik pemb3dahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sed4r.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa m4lunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhir4t nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kej4hatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.
Inilah kelakuan yang dilakuka tanpa sedar, ataupun mungkin tidak., Sesunguhnya Allah SWT telah mengangkat darjat lelaki ini ke tempat yang lebih tinggi. Alhamdulillah. Oleh itu, janganlah kita l4lai daripada selalu membaca al-Quran setiap hari.
Ganjaran untuk si pencinta al-Quran
ABDULLAH bin ‘Amr Radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis diriwayatkan Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Hibban dengan sanad hasan)
Berdasarkan hadis itu, ulama menyatakan ada riwayat lain menjelaskan orang itu nanti akan terus membaca satu demi satu ayat al-Quran sehinggalah dia tiba di syurga tertinggi iaitu Syurga Firdaus.
Apabila tiba di Syurga Firdaus barulah dikatakan, “Berhentilah, ini adalah kedudukan kamu di akhir ayat yang kamu baca.”
Itu kehebatan dan kedudukan bagi golongan yang membaca al-Quran sebagai rutin hariannya. Maka, bacalah al-Quran pada setiap hari walaupun beberapa ayat.
Jangan biarkan waktu kosong dibiarkan tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. Tidak kira walau di mana kita berada misalnya, ketika sedang menunggu lampu isyarat, gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang kita hafal. Siapa yang mengerjakan satu kebaikan yang diniatkan semata-mata kerana Allah SWT, paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala.
Membaca al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.
Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)
Bagi mereka yang masih kurang lancar atau bacaan seringkali tersangkut-sangkut, jangan bimbang teruskan membaca al-Quran kerana Nabi SAW memberikan motivasi dengan menyatakan, golongan itu akan mendapat dua kali pahala berbanding orang yang lancar.
Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)
Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi kesus4hannya ketika membaca.
Jiwa orang yang sering berdamping dengan al-Quran juga akan sentiasa tenang dan lapang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah arRa’d, ayat 28)
Selain itu, rumah yang di dalamnya dibaca al-Quran akan diberkati selain malaikat turut memenuhi rumah berkenaan.
Begitu juga seorang Muslim yang baring di tempat tidurnya dengan membaca salah satu surah al-Quran, Allah SWT akan tugaskan satu malaikat menjaganya dan tidak ada satu bah4ya pun akan mendekatinya sehingga dia terjaga.
Sumber: Resepi Dapur dan Harian Metro
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/