Home / World / K4pal sel4m yang ghaib setahun di Lautan Atlantik, kini muncul kembali…

K4pal sel4m yang ghaib setahun di Lautan Atlantik, kini muncul kembali…

Kapal Selam Ini Muncul Selepas Ghaib Selama Setahun Di Lautan Atlantik

Buenos Aires: Tent3ra Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan kapal selam ARA San Juan kira-kira 800 meter di dasar Lautan Atlantik, setahun selepas ia hilang bersama 44 anak kapal.

Kapal selam San Juan hanya mempunyai baki tujuh hari bekalan oksigen ketika kali terakhir ia melaporkan lokasinya pada 15 November 2017.

Kru kapal diarahkan kembali ke pangkalan Mar del Plata yang terletak di pantai timur negara itu selepas ia melaporkan air mulai memasuki kapal melalui snorkel.

Syarikat maritim, Ocean Infinity diupah Argentina untuk mencari dan mengesan lokasi kapal selam itu selepas kegagalan operasi mencari besar-besaran antarabangsa sebaik saja ia dilaporkan hilang di Lautan Atlantik.

Gambar Ketika Kapal Selam Ini Berlepas Di Pelabuhan Argentina

Ocean Infinity mempunyai kepakaran untuk mengimbas dasar laut dan pernah terbabit dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

San Juan dilaporkan berada pada kedudukan 430 kilometer di luar pantai Patagonia, Argentina ketika menghantar isyarat terakhir.

Kerana berada terlalu dalam di dasar laut, mungkin mustahil untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada kapal selam itu.

T3ntera laut juga mengkaji jika kapal selam berkenaan boleh dibawa naik ke permukaan.

Operasi mencari besar-besaran di udara dan laut membabitkan 13 negara dilancarkan 48 jam selepas San Juan dilaporkan hilang tetapi majoritinya menarik diri sebelum hujung tahun 2017.

Beberapa hari selepas kehilangan itu, pegawai tentera laut memberitahu, kapal selam buatan Jerman yang usang itu melaporkan masalah pada bateri pada komunikasi terakhirnya.

Hampir 10 hari kemudian, tentera laut mengesahkan berlaku letup4n di kapal yang pakar percaya mempunyai kaitan dengan masalah bateri itu.

Cara tentera laut mengendalikan kejadian itu dikec4m hebat dan beberapa pegawai kanan turut dipec4t termasuk panglima tentera laut, Marcelo Srur.

Pihak berkuasa membuka sias4tan jen4yah selepas menerima arahan daripada seorang hakim di Caleta Olivia, sebuah bandar pelabuhan di Patagonia di mana kes maritim biasanya dibicarakan.

Hakim sudah mendengar keterangan daripada 70 individu tetapi mahkamah masih jauh untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada kapal selam berkenaan. Sumber: HMETRO ONLINE

Artikel Lain ..

‘Kapal H4ntu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang di Lautan Pasifik


Sebuah ‘kapal h4ntu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik.

Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama ‘Sam Ratulangi PB1600’ itu telah terbiar 11 kilometer dari Teluk Martaban ketika ditemui oleh nelayan minggu lepas.

Laman web pengesanan kapal, MarineTime melaporkan lokasi terakhir dilihat di perairan Taiwan pada 2009 sebelum terputus hubungan semasa berlayar keluar dari negara tersebut.

Bagaimanapun, kapal terbabit tiba-tiba muncul diperairan selatan Myanmar pada 30 Ogos lalu tanpa penghuni serta sebarang barangan.

Pihak berkuasa tentera laut yang menyiasat memberitahu bahawa kapal itu ditinggalkan kerana kru kapal terjebak dalam cuaca bur0k.

“Kapal disyaki telah ditunda oleh kapal lain kerana kami menjumpai 2 kabel di bahagian kepalanya.”

Setelah beberapa hari menyiasat, pihak berkuasa kemudian menemukan sebuah kapal tunda kira-kira 80km (50 batu) dari pantai Myanmar.

Selepas beberapa soal siasat dijalankan ke atas 13 orang anak kapal tersebut, misteri ‘kapal h4ntu’ ini terjawab apabila mengetahui kapal tunda itu telah menunda Sam Ratulangi sejak 13 Ogos menuju ke sebuah kilang di Bangladesh untuk merungkai kapal.

Walau bagaimanapun, cuaca bur0k membuatkan mereka terpaksa meninggalkan kapal misteri itu.

Sumber : Siakap Keli

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Dikenali dengan Putera Tidur atau ‘sleeping beauty’ apabila k0ma sejak 17 tahun yang lalu dan belum sedar sehingga kini

Perkongsian kisah yang jarang berlaku iaitu seorang Putera Arab Saudi masih koma sejak 17 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *