Home / Exclusive / [Video] Lihatlah ketangkasan wanita kebanggaan Malaysia ini yang pernah didokumentasikan dalam History Channel Asia

[Video] Lihatlah ketangkasan wanita kebanggaan Malaysia ini yang pernah didokumentasikan dalam History Channel Asia

Sungguh terpukau dengan ketangkasan wanita bertudung dari Malaysia ini yang mahir menggunakan panah sambil menunggang kuda sehingga dinobatkan dengan beberapa anugerah antarabangsa. Sesungguhnya kami bangga dengan pencapaian anda.

Perjalanan kisahnya sebagai atlet pemanah berkuda pernah didokumentasikan dalam History Channel Asia menjadikan, Erina Emelina Ismail, 27, antara yang dikenali dalam sukan berkenaan.

Empat tahun berkecimpung dalam sukan memanah berkuda, pencapaiannya tidak diragui lagi apatah lagi pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memanah Berkuda Kebangsaan buat julung kalinya diadakan pada 2016.

Selain itu, pingat gangsa yang diperoleh untuk acara Masahee iaitu acara berpasukan dengan dua lagi pemanah dijulang di World Martial Arts Mastership, Korea Selatan pada tahun sama.

“Kalau ditanya bagaimana bermula, jujurnya, saya tak pernah terfikir menjadi seorang pemanah berkuda. Peluang ini datang tanpa diduga.

“Awalnya, saya terbabit secara tidak serius dengan dua sukan ini, memanah dan berkuda. Waktu itu ketika masih kuliah. Apabila dapat tahu berkenaan pemanah berkuda iaitu kombinasi dua sukan ini, saya rasa ia sesuatu yang unik.


“Tapi waktu itu di universiti saya tak ada tempat latihan untuk sukan ini. Jadi saya mula ketika kembali ke Kuala Lumpur selepas tamat belajar,” katanya yang juga bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu kota.

Erina Emelina pada mulanya berkenalan dengan beberapa pemanah berkuda Malaysia. Dia kemudian melanjutkan latihan dengan jurulatih ekuestrian, Sarjan Marshal Ajail dari Pusat Ekuestrian Angkatan Tentera Malaysia hingga ke hari ini.

Dalam usaha mengukuhkan teknik dan kemahiran, Erina Emelina yang berstatus pemanah berkuda wanita negara kini berada di bawah naungan Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia.

Menceritakan serba sedikit perjalanannya sebagai atlet, dia pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Poland, namun pengalaman itu sedikit berbeza kerana perjalanan solo tanpa membabitkan ahli pasukan lain.

“Kalau dilihat, sukan ini adalah gabungan kemahiran menunggang kuda dan memanah. Untuk memanah dengan tepat pada sasaran, secara pantas sambil harus mengawal imbangan badan di atas kuda, peka keadaan sekeliling dan kombinasi semua itu adalah cabaran bagi saya.

“Bagi mendapatkan kemahiran, ia memerlukan latihan mantap dan berterusan. Saya berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu,” katanya yang menjadikan pemanah berkuda wanita terbaik dunia, Ana Sokolska dari Poland sebagai idolanya.

Malah Erina Emelina turut berkongsi tip mencipta keserasian dengan kuda ditunggang. Katanya, dapatkan serba sedikit maklumat dengan pemilik atau pelatih kuda berkenaan karakter haiwan terbabit. Keserasian dicari dengan cara sentuhan, memahami pergerakan dan perangai kuda. Justeru dari situ, kepercayaan boleh dibentuk.

“Sedikit tip untuk yang berminat, tak perlu tergesa-gesa dan tiada jalan pintas untuk jadi seorang pemanah berkuda terbaik serta berkemahiran tinggi. Ambil seberapa banyak masa untuk berlatih dan perbaiki kemahiran memanah berkuda.

“Semangat dan konsisten perlu ada. Sukan ini sangat mencabar mental dan fizikal. Seorang pemanah berkuda perlu mempunyai asas yang bagus sebelum menggabungkan kedua-duanya. Hal ini boleh dicapai dengan cara berlatih dengan jurulatih bertauliah,” katanya.

Video

Sumber: Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Permohonan pinjaman pernah ditolak namun, perniagaannya kini merentasi luar negara…

Setiap kejayaan yang dicapai sudah semestinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri sama ada pahit atau pun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.