Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan p3mbedahan kembar siam paramatang yang melakar sejarah buat kali pertamanya pembedahan seperti ini berjaya dilakukan di Negara kita. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada H0spital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur atas kejayaan pasukan pemb3dahannya melakukan pemb3dahan pemisahan pasangan kembar siam pramatang pertama di Malaysia.
PEMBEDAHAN KEMBAR SIAM PRAMATANG PERTAMA DI MALAYSIA
H0SPITAL TUNKU AZIZAH (HTA) melakar sejarah apabila kembar siam pramatang seberat 2.7kg telah berjaya dipisahkan pada hari ini (19 Mac 2022). Menurut Pakar Perunding Pemb3dahan Kanak-Kanak HTA, Dato’ Dr. Zakaria Zahari, pemb3dahan seumpamanya biasanya dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan. Namun disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan ini terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari.
Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di H0spital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan, dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr. Maneet Kaur a/p Ranjuth Singh untuk rawatan lanjut di HTA.
Selepas perbincangan diantara doktor-doktor pakar HRPB dan HTA secara atas talian pada 15 Mac 2022 jam 2 petang, keputusan untuk melakukan pemb3dahan berisiko tinggi itu telah disepakati. Tanggal bersejarah 19 Mac 2022, pasukan Dato’ Dr. Zakaria yang disertai oleh 6 lagi Pakar B3dah Kanak-Kanak dari seluruh Malaysia, dan pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida, beserta hampir 20 jururawat dan staf dewan b3dah kanak-kanak, pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplik4si major.
Kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain didapati normal.
Proses persediaan untuk pemb3dahan dimulakan seawal 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke NICU pada jam 2 petang. Dengan sokongan pasukan Neonatologi yang diketuai oleh Dr. Neoh dan jururawat NICU HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya.
Semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pemb3dahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam. Doktor-doktor pakar yang terlibat secara langsung dalam pembedahan ini adalah:
1. Dato’ Dr. Zakaria bin Zahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)
2. Dr. Mughni bin Bahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HWKKS Sabah)
3. Dr. Mohd Tarmizi bin Md Nor (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HRPZ II Kelantan)
4. Dr. Nurdaliza binti Mohd Badarudin (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)
5. Dr. Hafatin Fairos binti Tamadun (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)
6. Dr. Mohd Yusran bin Othman (Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA)
7. Dr. Cheng Joo Qing (Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA)
8. Dr. Intan Zarina binti Fakir Mohamed (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA)
9. Dr. Ruwaida binti Isa (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA)
10. Dr. Rohanizah binti Alias (Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)
11. Dr. Zubaidah binti Zulkipeli (Pakar Bius Kanak-Kanak HTA)
12. Dr. Neoh Siew Hong (Pakar Perunding Neonatologi HTA)
13. Dr. Elaine Wong Ee Lane (Pakar Neonatologi HTA)
Ucapan Tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
20 Mac 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada H0spital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur atas kejayaan pasukan pemb3dahannya melakukan pemb3dahan pemisahan pasangan kembar siam pramatang pertama di Malaysia.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan pasukan pembedahan HTA itu yang sekali gus turut mencipta sejarah sebagai pemb3dahan pertama seumpamanya di Malaysia.
Pemb3dahan pasangan kembar siam pramatang yang berusia 17 hari tersebut diketuai Dato’ Dr. Zakaria bin Zahari dan melibatkan 13 doktor pakar, termasuk enam pakar bed4h kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dew4n bed4h kanak-kanak.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa syukur apabila pasangan bayi kembar siam jenis Omphalophagus tersebut berjaya dipisahkan tanpa komplik4si.
Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar pasangan bayi kembar siam tersebut berada dalam keadaan yang baik dan segera pulih serta dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Sumber:Kredit 📸 : Facebook Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah & laman Facebook KKM
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/