Perkongsian kisah pemuda yang baru sembuh dari C0v-I9 dan enggan sia-siakan kehidupan dunia dengan tidak berbuat apa-apa sebaliknya menumpukan perhatian untuk membuat kebaikan dengan membantu golongan yang memerlukan.
KETIKA disahkan p0sitif C0v-I9 dan melalui kep3ritan untuk sembuh baru-baru ini, Putra Amaris enggan mensia-siakan kehidupan di dunia dengan tidak berbuat apa-apa.
Katanya, pengalaman dan kes4kitan yang dilalui menjentik rasa keinsafan dalam diri, apatah lagi diberi umur yang panjang.
“Baru-baru ini, saya positif C0v-I9, saya diberi umur panjang. Untuk masa depan, kita tidak tahu bila isyarat m4ti menerpa.
“Dua tahun berdepan pand3mik C0v-I9, saya cukup terkesan dengan tiada tawaran berlakon diterima. Perniagaan diceburi juga tidak menampakkan jualan. Namun, saya beroleh rezeki luar biasa apabila diberi kepercayaan menjadi duta selain tabungan yang ada.
“Kalau saya rasa susah, di luar sana ramai yang berg3lut dengan lebih teruk. Saya masih dapat makan sedap. Jadi, kenapa saya tidak mensyukuri nikmat itu dan berkongsi rezeki tidak kira kecil atau besar. Walaupun saya bukan orang kaya tetapi rezeki wajar dikongsi dengan orang lain,” katanya.
Siapa sangka, sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Amaris menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas termasuk golongan asnaf.
Katanya program itu mensasarkan untuk membantu 1,000 keluarga menerusi program #Samasamakenyang – Infaq Ramadan.
“Program ini dianjurkan khusus kepada golongan sasar dengan harapan dapat meringankan beban dan dalam masa sama membantu mereka bangkit daripada kejatuhan.
“Sasaran kami adalah untuk membantu golongan serba kekurangan termasuk mereka yang terjejas akibat C0v-I9, golongan kurang upaya, anak-anak yatim, gelandangan dan selebriti.
PUTRA Amaris ketika pelancaran Program #Samasamakenyang – Infaq Ramadan anjuran Putra Amaris dan Dapur Pasak.
“Misi utama kami adalah Penuhkan Peti Ais, di mana kami akan membeli barang keperluan asas dengan anggaran kos sekitar RM200 sehingga RM500.
“Kami sendiri akan pergi ke rumah keluarga yang terpilih untuk menyusun dan memenuhkan peti ais mereka dengan ikan, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, air, pek makanan siap untuk dimasak dan pelbagai lagi. Selain itu, kami akan memberi beras, telur dan barangan keperluan lain,” katanya.
Bukan hanya itu, Amaris dan Dapur Pasak turut merancang untuk mendirikan sebuah rumah untuk keluarga asnaf di sebuah lokasi di Lembah Klang.
“Sudah lama saya berniat hendak membina rumah untuk golongan asnaf. Namun, hendak melakukannya sendiri, memang tidak mampu sehinggalah rakan mengajak saya memulakan projek ini.
“Kos membina rumah dianggarkan antara RM80,000 hingga RM100,000. Kita rancang kerja pembinaan dimulakan pada awal Ramadan.
“Insya-Allah, keluarga asnaf itu dijangka menyambut Aidilfitri di kediaman baharu mereka. Dalam menanti rumah siap, keluarga asnaf itu akan ditempatkan di Hotel Eastin, Petaling Jaya dengan percuma termasuk ditanggung makan berbuka puasa dan bersahur,” katanya.
Dalam pada itu, Amaris mengaku menerima mesej daripada artis veteran termasuk di bawah usia 40 tahun yang merayu bantuan.
“Ada antara mereka perlukan wang untuk melunaskan tunggakan sewa rumah. Saya bantu setakat mana yang boleh. Ada yang dibantu tidaklah sebanyak mana pun, namun senyuman mereka membuatkan hati ini sayu,” katanya.
Bagi menjayakan misi bantuan itu, Amaris turut mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk jutawan yang mahu menghulurkan sumbangan sama ada dari segi wang tunai atau barang keperluan dalam program ini.
“Alhamdulillah setakat ini kami menerima banyak tajaan dan ramai yang hubungi saya untuk memberikan sumbangan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/