Perkongsian sebuah pengalaman berada dalam situasi hidup atau m4ti oleh seorang Pensyarah akibat daripada j4ngkitan C19 sehingga terpaksa ditidurkan selama 6 hari sepertimana yang dikongsikan melalui laman berita Harian Metro. Dalam tempoh beliau tidak sedarkan diri tersebut beliau ditunjukkan dengan kehadiran arwah ayah ibu serta saudara yang telah lama meningg4l duni4.
Kuala Lumpur: Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Ts Dr Megat Al Imran Yasin disahkan p0sitif C19 pada 24 Februari lalu ketika dalam tugas sebagai pensyarah pelawat di Faculty of Culture and Creative Industries University of Central Lancashire, Preston di United Kingdom (UK).
Disebabkan j4ngkitan yang t3ruk, beliau dimasukkan ke Unit Raw4tan R4pi (ICU) di Royal Preston H0spital, Lancashire pada 28 Februari dan terpaksa ditid0rkan selama enam hari.
Sepanjang tempoh yang digambarkan antara hidup dan m4ti, beliau dapat menyaksikan ‘kehadiran’ arwah ibu bapa dan ahli keluarga yang sudah lama meningg4l duni4.
Beliau dibenarkan keluar dari ICU pada 8 Mac dan keluar dari h0spital pada 14 Mac lalu.
Berikut adalah coretan beliau berkongsi pengalaman berada dalam situasi 50-50 antara hidup dan m4ti di katil h0spital.
“Pengalaman ini meng3rikan, tetapi memberikan keinsafan kepada saya apabila 50-50 antara hidup dan m4ti. Kita ditid0rkan, tetapi separa sedar dan dengar setiap perbualan mereka. Barangkali itu keadaan bila saat kem4tian.
Saya didatangi arwah ibu dan ayah dalam keadaan saya masih kecil. Ayah saya segak berpakaian tentera, mak saya seperti biasa saja.
Selain itu saudara-mara lain yang sudah lama meningg4l hadir semasa di ICU.
Menakutkan apabila sy4itan ibl1s juga mengganggu kita.
Lelaki berkereta lembu datang sambil membaca doa dan bacaan sambil membunyikan loceng di tangan.
Saya tutup telinga dan alih pandangan setiap kali dia datang kerana seolah-olah dia membaca doa saat kem4tian.
Alhamdulillah, dalam separa sedar seorang doktor Arab yang merawat saya berkata: “Brother are you Muslim? Can you read Quran?” Saya jawab ya. Dia menambah: “Read any surah al-Quran and make doa. You are in a very critical condition. Only Allah can save you now.”
Saya ambil nasihat dia dan baca segala ayat Quran yang saya ingat khususnya ayat-ayat lazim. Saya juga berusaha mengingat kembali ayat-ayat al-Quran panjang yang saya hampir lupa, tetapi alhamdulillah, semasa ditid0rkan di ICU, saya kembali hafal ayat tersebut.
Saya berdoa mohon pada Allah: “Give me second chance ya Allah.” Sambil saya bersyahadah. Sebelum ditidurkan doktor juga bertanya hendak video call bercakap dengan anak isteri? Saya kata tak perlu: “I believe I will be OK.”
Saya perlu kuat semangat demi keluarga dan anak-anak. Menurut isteri dan anak di rumah, mereka sangat s3dih bila saya tak mahu bercakap dengan mereka sebelum ditid0rkan.
Selepas enam hari ditid0rkan dengan proses intubasi dan mesin oksigen, saya sedar kembali. Itu pun selepas dua kali doktor mencuba untuk melihat saya boleh bernafas sendiri.
Saya kemudian dikeluarkan dari ICU ke wad biasa. Di sini saya kembali keliru dan berada dalam dejavu.
Rasa pernah ada di sini. Isteri dan anak masih tak dibenar melawat, tetapi jururawat kerap memaklumkan mereka perkembangan saya setiap hari.
Saya hilang keseluruhan memori. Tak tahu ada di mana…tak kenal satu orang pun kerana jururawat, doktor silih berganti.
Nak kira satu sampai 10 pun saya terpaksa berusaha. Saya tak ingat apa pun yang terjadi sebelum sampai di Preston.
Saya tidak ingat apa-apa dan berada dalam keadaan keliru. Selepas hampir dua minggu di h0spital, keluarga dibenarkan datang dan isteri saya bercerita kembali apa yang berlaku. Baru saya tahu saya di UK dan dij4ngkiti C19.
Dari saat saya dimasukkan ke wad kecem4san di Royal Preston H0spital, saya sudah tak ingat apa-apa lagi. Terima kasih kepada doktor dan jururawat yang sangat profesional merawat saya. Saya ucapkan terima kasih atas doa dan bacaan Yasin yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat sekalian yang saya lihat hampir 100 orang hadiri secara online. Saya hargai keprihatinan anda semua terhadap kesihatan saya ketika itu.
Alhamdulillah, anak sulung saya dapat mengurus saya dan keluarga dengan berhubung dengan keluarga dan rakan di Malaysia.
Begitu juga komuniti Malaysia di UK yang turut mengadakan bantuan dan sokongan kepada saya.
Mereka ada yang tidak kenal, tetapi anak saya secara random bercerita dalam media sosial tentang keadaan saya di ICU dan ramai yang membantu.
Terima kasih pada semua yang membantu saya. Alhamdulillah saya kini berehat di rumah dan sedang kembali mengumpul tenaga untuk bergerak.
Cuma hingga kini, saya cuma boleh berbisik dan bercakap perlahan akibat keced3raan di tekak apabila proses intubasi dilakukan.
Doakan kesihatan saya pulih sedia kala selepas melalui satu proses dalam kehidupan yang saya kira amat men4kutkan, tetapi sangat memberi pengajaran.
Doakan saya sahabat sekalian.”
Sumber: Harian Metro
Semoga beliau kembali sihat seperti biasa dan dipermudahkan urusannya.
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/