Home / National / 24 orang anaknya pelajar sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan al-Quran

24 orang anaknya pelajar sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan al-Quran

Perkongsian kisah kejayaan ibubapa berjaya mendidik 24 orang anaknya dengan didikan agama Islam. Subhaanallah, 24 orang beradiknya merupakan pelajar sekolah Pondok dan terlibat dengan pertandingan Hafazan.


Kehadiran cahaya mata sememangnya dianggap sebagai penyeri dalam sesebuah rumah tangga. Bayangkan pula pasangan yang dikurniakan bilangan anak yang ramai, sudah tentu riuh rendah rumah dengan tel4tah dan gelagat masing-masing. Begitu juga dengan keluarga pemuda ini yang mana dia dikurniakan adik beradik yang ramai iaitu 24 orang!

Adik bongsu Mukmin yang berusia 12 tahun menjadi johan hafazan Al-Quran 10 juz peringkat negeri Terengganu 2021 dan menjadi perserta paling muda yang menyertainya.

Perkongsian satu video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok mengundang perhatian warganet apabila meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Mukmin Jalaluddin Al Muttaqi berkata kesemua 24 adik beradiknya itu adalah daripada dua orang ibu dan sebapa.

“Saya merupakan anak kelima daripada 24 adik beradik dan kami mempunyai dua ibu. Ibu pertama ada 15 orang anak dan ibu kedua pula sembilan orang anak. Kini usia kami semua dalam lingkungan 35 tahun hingga yang bongsu berusia 12 tahun,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

Menariknya, menurut pemuda yang senang disapa sebagai Mukmin ini, kesemua mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang sama yang dibuat dua bahagian. “Walaupun situasi p4ndem1k, keluarga kami tetap meriah. Yang bujang dan yang masih kecil semua duduk di rumah sama, kecuali ada dua orang adik beradik tinggal di negeri lain. Adik beradik yang dah berkahwin pun tinggal di kawasan berdekatan rumah kami, hanya ambil masa kurang 15 minit saja.

“Hari-hari memang meriah, tapi kalau raya, lagilah meriah. Tak payah tunggu saudara mara datang pun adik beradik sendiri dah ramai. Selalunya kalau bab warna tema baju raya, kami ada dua warna. Begitu juga juadah raya… semuanya atas ibu. Biasanya masak jenis yang berlainan dan kita bertukar-tukar,” ujarnya yang menetap di Dungun, Terengganu.

Bercerita lebih lanjut, Mukmin berkata antara ‘kesvlitan’ yang dihadapi apabila mempunyai adik beradik ramai dirinya adalah sering tertukar nama atau kedudukan adik beradik sendiri. “Ada antara kami yang diberi nama panjang macam saya sendiri… itu memang sus4hlah nak ingat lebih-lebih lagi kalau spontan ditanya. Begitu juga kalau orang tanya ni adik yang ini, yang itu nombor berapa?

Sebahagian adik beradik lelaki Mukmin bersama bapa mereka.

“Ayah saya sendiri pun kadang-kadang tertukar nama anak sendiri atau terkel1ru kedudukan kami adik beradik,” ujarnya ketawa kecil. Sebagaimana yang dihadapi individu lain yang mempunyai bilangan adik beradik ramai, Mukmin turut mengakui dia sendiri pernah berdepan dengan situasi di mana orang akan terkesim4 apabila mengetahui jumlah adik beradiknya.

“Reaksi terkejut atau terkesima itu benda biasa. Boleh dikatakan 99 peratus orang yang jumpa akan beri reaksi sedemikian. Tapi pernah juga banyak kali berdepan situasi tak enak seperti diperli sampai kaitkan ibu bapa kita pula. Lebih-lebih lagi adik beradik kami ramai yang memilih untuk tidak mengikuti pendidikan di sekolah formal.

“Ada dua orang yang habis belajar hingga darjah enam, ada yang setakat darjah empat. Namun kami semua ‘home school’ iaitu diajar oleh ibu sendiri. Kemudian majoriti adik beradik lebih cenderung bersekolah pondok. Bukan ayah tak mampu, tapi kami yang cenderung ke arah itu. Kebanyakannya termasuk saya belajar dekat pondok di Thailand, tapi sekarang sebab p4ndem1k, semua ada dekat Terengganu saja. Alhamdulillah, dua daripada kami pernah wakil hingga ke peringkat antarabangsa dan ramai yang wakil peringkat negeri dalam pertandingan hafazan,” ujarnya lagi.

Mukmin (kanan) ketika mula-mula mahu menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular, Mukmin yang kini menjalankan bisnes sendiri berkata dia sekadar suka-suka berkongsi di media sosial sebagai kenangan.

“Biasalah, ramai yang terkejut dan tanya salasilah keluarga. Tapi rupa-rupanya ramai juga yang ada adik beradik ramai, ada belasan dan ada juga hampir 30 orang sebab daripada tiga ibu.

“Apa pun pada pendapat saya, penerimaan masyarakat pada ketika ini lebih positif berbanding zaman saya kecil dulu. Pernah je ada yang tanya ayah, takkan semua anak nak jadi ustaz? Mereka bimbang masa depan kami tak terjamin.

“Bukan saya nak menidakkan sijil sekolah atau pendidikan formal, tapi kita perlu lihat dunia ini daripada perspektif lebih luas dan bersifat terbuka. InsyaAllah bab rezeki, syarat utamanya adalah kena rajin. Itu saja,” katanya lagi.

Antara Komen warganet:

Sumber: Mstar via mediabawang

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Dia seolah dapat merasakan riw4yat hidupnya akan ber4khir tidak lama lagi

Ajal m4ut ditangan tuhan, namun terdapat sesetengah manusia yang dapat menjangkakan akan peng4khiran bagi dirinya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.