Perkongsian kisah kebanggaan wanita Negara yang tersenarai antara 10 wanita yang hebat di Asean. Menurutnya dahulu selalu ikut abahnya meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN.
KEJAYAAN akan menjadi milik mereka yang gigih berusaha. Bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Tidak semua bermula dengan langkah pertama dengan mudah, ada yang bermula dari bawah dan terus mengorak langkah sehingga berjaya.
Usah malu seandainya perlu bermula dari bawah dengan susah payah kerana kejayaan yang bakal diraih akan menjadi lebih bermakna.
Perkongsian Zunita Ramli, ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di Jepun terpilih sebagai antara 10 Wanita Hebat (Fantastic Women) di negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) oleh Asean-Japan Center memberikan inspirasi kepada anak muda lain untuk memajukan diri.
Antara negara ASEAN ialah termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.
SEDAR DIRI
Pengarah Urusan Zaineeta Global, syarikat pengedar kosmetik Jepun di Malaysia itu menitipkan perjalanan dan cabaran yang ditempuhinya sejak dari kecil di laman sosial Facebook. Tiada jalan mudah ke puncak kejayaan, anak pasangan peniaga pasar malam itu sentiasa mengingatkan diri tentang asal usul.
“Benar, saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput sahaja. Saya membesar dengan keringat arwah abah dan emak yang mencari rezeki membesarkan saya.
“Arwah abah, peniaga pasar malam menjual burger dan ayam goreng. Seronok, sebab dapat makan burger dan ayam percuma.
“Memang dari kecil, saya sudah diusung ke sana ke mari dalam van dan sudah biasa dengan panas terik, ribut petir semasa berniaga. Sampai sekarang, saya tidak pernah malu mengaku perkara itu,” jelas Zunita.
KOLABORASI JENAMA TERKENAL
Graduan University of Melbourne itu bersyukur atas perjalanannya yang disusun ALLAH dari awal perniagaan sehingga kini mampu berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal.
“Perjalanan ALLAH aturkan untuk saya sangat cantik. ALLAH kurangkan di sini tetapi Dia lebihkan di sana. Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, ALLAH anugerahkan saya minda yang baik yang melatih diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu.
“Nothing comes easy. I don’t have anyone that can give whatever I want. I must work hard for it,” katanya.
Zunita turut bercerita mengenai misi dan hala tuju perniagaannya, Tokyo Organic HQ. Ternyata tidak mudah untuk merealisasikan matlamat terutama untuk bekerjasama dengan syarikat di Jepun namun segalanya dipermudahkan-NYA.
“Bila saya mula bisnes Tokyo Organic HQ, I know what I want. I want to touch billion of lives in this world with my products. I want to be a bridge between Malaysia, Japan and the world.
“That’s why saya buat macam-macam kolaborasi dengan Tokyo Organic. Sebelum ni dengan syarikat Jepun, Salam Groovy Japan dan terbaru, koleksi raya TO x Tupperware Brands Malaysia dan TO x Nakanishi Wagyu .
“Bukan mudah untuk meyakinkan syarikat-syarikat ini bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang berlaku. Tetapi ALLAH mudahkan jalannya, Alhamdulillah, “ katanya, Zunita yang pernah bertugas sebagai network engineer.
ADA YANG PERNAH CUBA MENJATUHKAN
Dalam menjalankan perniagaan, Zunita mengakui pelbagai ditempuhi termasuk mereka yang cuba menjatuhkan. Pun begitu dengan kecekalan, segalanya membuahkan hasil.
“Tipulah kalau saya cakap sepanjang itu tidak ada yang nak jatuhkan, nak musnahkan impian dan runtuhkan semangat saya. Tetapi mereka lupa ALLAH sudah menyediakan saya untuk semuanya ini. I may look soft from the outside but not from the inside.
“Apabila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) dalam kalangan 10 Wanita Hebat ASEAN di Jepun oleh Asean-Japan Center , ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya,”tuturnya.
TIDAK PERCAYA KE TAHAP ASEAN
Momen tersenarai sebagai Wanita Hebat ASEAN adalah sangat luar biasa baginya. Zunita masih tidak percaya akan sampai ke tahap itu.
“ I will never believe I have come to this stage. Jika saya beritahu diri saya yang umur 10 tahun dulu, saya tidak akan percaya sampai ke tahap ini.
“Ya lah saya orang kampung, sekolah kampung. Dahulu saya pun tidak mahir berbahasa Inggeris.Tetapi kini tiada yang boleh menghentikan saya.
“Because I believe, The people who crazy enough to think they can change the world are the ones who do,” titip Zunita menyuntik semangat.
SinarPlus teruja mengikuti perkongsian daripadanya. Moga pencapaian yang dicapai Zunita ini memberikan dorongan untuk kita terus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi.
Sumber: Sinar Harian
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/