Home / Exclusive / Subhanallah, Berkat amalan zikir dan berdoa agar penglihatan kembali pulih, dengan izin Allah SWT adik ini kini boleh melihat…

Subhanallah, Berkat amalan zikir dan berdoa agar penglihatan kembali pulih, dengan izin Allah SWT adik ini kini boleh melihat…

Perkongsian kisah keberkatan zikir dan berdoa agar penglihatannya kembali pulih, Alhamdulillah syukur dengan izin Allah SWT kini penglihatan adik ini kembali pulih walau masih kabur sepertimana perkongsian melaluilaman berita harian metro.

Sik: “Setiap hari saya tidak henti berzikir dan mengamalkan doa agar penglihatan kembali pulih. Alhamdulillah saya dapat melihat walaupun masih k4bur,” kata Muhammad Azwar Mohd Ariff, 15.

Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2018 itu berkata, penglihatannya bertambah baik sejak awal Ramadan dan kini dia dapat menulis secara perlahan walaupun tidak sempurna seperti dahulu.

Katanya, paling mengharukan apabila doanya agar dapat berjalan seorang diri ke surau bagi menunaikan solat tarawih dan mengikuti pengajian agama turut dapat dilakukan ketika ini.

“Sebelum ini penglihatan saya hanya samar-samar. Saya hanya dapat keluar sehingga depan rumah sahaja dan untuk ke surau perlu bantuan adik yang akan memimpin saya.

“Sekarang saya boleh berjalan sendiri termasuk pada waktu malam untuk solat tarawih, banyak masa saya luang di surau kerana saya turut belajar agama di Pondok Tuan Guru Haji Salleh,” katanya yang tinggal kira-kira 300 meter dari pondok berkenaan.

Masalah kesihatan yang menimpa Azwar sebelum ini menarik perhatian ramai apabila dia disahkan menghid4p ketumb0han pada bahagian kep4la sehingga menyekat pengaliran air ke tulang belakang.

Berikutan itu, doktor terpaksa melakukan pemb3dahan menebuk kepalanya bagi mengeluarkan cecair pada Oktober 2018 dengan kesan pemb3dahan itu menyebabkan penglihatan Azwar terjejas dan dia tidak lagi dapat bersekolah.

Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah tahun lalu, Azwar yang hadir berkerusi roda menjadi antara penerima anugerah yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Azwar berkata, jadual hariannya kini padat dan banyak menghabiskan masa belajar ilmu berkaitan agama, walaupun tidak mampu membaca kitab.

“Selepas solat tarawih saya akan menyambung pengajian antara jam 11 malam hingga 1.30 pagi. Pada sebelah pagi pula saya mula belajar pada 7.45 hingga 10.30 pagi dan sambung semula pada 3 hingga 4 petang.

“Ahad pula saya ikut guru, Syeikh Muslim Salleh mengajar di masjid berdekatan dan setiap Isnin, Selasa dan Khamis saya mengikuti kelas al-Quran Braille secara dalam talian bersama guru di Kuala Lumpur,” katanya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu berkata, dia kini tidak mempunyai pilihan lain kecuali berusaha menghafal apa sahaja yang dapat dipelajarinya terutama Kitab Matan al-Jurumiyah bagi memudahkannya mempelajari kitab lain selepas ini.

“Setakat ini, saya sudah hafal hingga muka surat 23 daripada 47 muka surat, kawan di pondok akan bantu membaca dan rakam audio supaya saya boleh mendengarnya kembali dan berusaha menghafal di rumah.

“Walaupun ibu bapa saya tidak mampu membeli peralatan digital khas untuk orang cacat penglihatan belajar dengan lebih mudah, saya tetap bersyukur kerana urusan sentiasa dipermudahkan Allah,” katanya yang bercita-cita menjadi guru agama.

Sumber: Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Permohonan pinjaman pernah ditolak namun, perniagaannya kini merentasi luar negara…

Setiap kejayaan yang dicapai sudah semestinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri sama ada pahit atau pun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.