Home / Exclusive / Walapun kerjanya sibuk ke sana sini, namun ibadah kepada Allah SWT tidak dilupakan sama sekali…

Walapun kerjanya sibuk ke sana sini, namun ibadah kepada Allah SWT tidak dilupakan sama sekali…

Kagum dengan sikap pekerja Penghantar Makanan ini, walau tugasnya sibuk untuk ke sana dan sini, namun beliau masih berkesempatan untuk menunaikan ibadahnya di bulan mulia ini.

Tawau: Meskipun sibuk dengan kerja dan sering ‘terkejar’ ke sana sini, penghantar makanan persendirian, Mohd Rahmat Mohd Amin tetap mencvri masanya untuk membaca al-Quran.

Kisahnya itu mendapat perhatian selepas gambarnya membaca al-Quran dimuat naik di laman sosial oleh seorang individu hingga tular.

Mohd Rahmat, 26, yang menetap Kampung Sri Menanti, di sini berkata, dia tidak sedar ada individu mengambil gambarnya ketika itu kerana sedang khusyuk membaca al-Quran.

“Saya sedang berehat daripada kerja ketika itu dan sementara menunggu pesanan masuk, saya luangkan masa membaca al-Quran.

“Itu sudah menjadi rutin saya setiap hari dan pada hari berkenaan, saya duduk membaca (al-Quran) di tepi laut.

“Tak tahu pula, ada yang perasan dan mengambil gambar namun saya hanya tahu ia (gambar) dimuat naik selepas ramai rakan ‘tag’ di Facebook (Fb),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohd Rahmat, dia bagaimanapun tidak m4rah, sebaliknya sudah bersua dengan individu yang mengambil gambarnya tidak lama selepas kisahnya tular.

Bercerita lanjut, Mohd Rahmat berkata, sudah menjadi tabiatnya untuk membawa al-Quran ke mana saja termasuk ketika bekerja.

Kebiasaannya, Mohd Rahmat akan memilih tempat lebih tersorok kerana enggan diperhatikan orang sekeliling disebabkan m4lu.

“Saya tidak mahu menunjuk kerana bimbang niat asal akan berubah dan tersasar jika orang sekeliling nampak.

“Bagaimanapun, saya sedia membantu mereka yang berminat untuk belajar.

“Alhamdulillah, waktu kerja kini lebih fleksibel kerana bekerja sendiri berbanding ketika jadi pemborong dulu kerana selain dapat solat tepat pada waktunya, saya juga boleh luangkan masa dengan mengaji,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabran, 35, berkata, dia ternampak Mohd Rahmat membaca al-Quran ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada Khamis lalu jam 4.40 petang.

“Ketika itu, saya sedang memandu dan selepas nampak kelibatnya (Mohd Rahmat) di seberang jalan, saya terus mengambil gambar menggunakan telefon bimbit.

“Kemudian, saya muat naik gambar itu di laman sosial dengan tujuan sekadar berkongsi kisah positif yang boleh menjadi ikutan rakan pengikut di laman sosial.

“Alhamdulillah, dia tidak marah malah kami sudah berjumpa dan saya berbesar hati kerana dapat belanjanya makan ketika pertemuan tempoh hari,” katanya yang juga peniaga makanan dan kontraktor.

Sumber: Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Permohonan pinjaman pernah ditolak namun, perniagaannya kini merentasi luar negara…

Setiap kejayaan yang dicapai sudah semestinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri sama ada pahit atau pun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.