Home / Islamik / Hidayah itu milik Allah SWT, Beliau sanggup terb4ng dari Am3rika ke negara ini semata-mata ingin mem3luk Islam…

Hidayah itu milik Allah SWT, Beliau sanggup terb4ng dari Am3rika ke negara ini semata-mata ingin mem3luk Islam…

Hidayah itu milik Allah SWT, walau jauh beribu kilometer, namun tidak menghalang niatnya untuk memeluk Islam di negara ini. Tingkah laku baik orang Islam yang banyak mempengaruhinya untuk memeluk Islam. Semoga beliau terus istiqomah dan dibimbing dengan baik untuk menjadi muslim yang sejati.

Georgetown: “Selama lebih 20 tahun saya bergaul dengan orang Islam dan tertarik melihat tingkah laku serta cara mereka membawa diri dalam masyarakat,” kata John Nash Houchen, 56, yang sanggup ‘terbang’ dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) untuk memeluk agama Islam di Pulau Pinang baru-baru ini.

Bekas profesor dalam bidang ekonomi di Universiti Winconsin itu melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah pejabat pesuruhjaya sumpah di Bandar Perda, Bukit Mertajam dibimbing Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful (MyIKUT), Zolkifly Md Lazim pada Isnin lalu.

Beliau yang bersara sebagai ahli akademik pada akhir tahun lalu berkata, seorang rakan berasal dari Iran ketika bertugas di universiti itu pada tahun 90-an banyak mempengaruhinya dan mereka kerap berbual mengenai topik berkaitan Islam malah masih berhubung sehingga kini.

“Dia lebih berusia daripada saya dan meskipun berdepan kehidupan mencabar di AS, dialah paling baik, penyabar dan sangat menghormati tetamu berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah tinggal bersamanya.

“Saya menemukan nilai-nilai yang sama ditunjukkan pelajar Islam lain termasuk dari Malaysia yang mengikuti kelas saya suatu ketika dulu. Kehidupan mereka nampak teratur dan cara bercakap sangat sopan,” katanya ketika ditemui di Pusat Islam Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.


Menurut Nash Houchen, beliau mempunyai kenalan rapat di Pulau Pinang yang banyak membantu urusannya memeluk Islam dan kini sedang mengikuti pengajian agama di Kompleks Darul Hidayah di Permatang Tok Gelam, dekat sini, selain turut bercadang terus menetap di negeri ini.

Beliau yang gemar makan sate dan rendang mengaku tertarik dengan sikap berbudi bahasa rakyat Malaysia dan berasa tidak kekok menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat.

“Sebenarnya saya pernah berkunjung ke Pulau Pinang tidak berapa lama sebelum C0vI9 melanda dan apabila sempadan negara dibuka saya mengambil kesempatan kembali semula ke sini untuk meneruskan hasrat berhijrah yang tertangguh.

“Lebih istimewa, ketika dalam perjalanan ke Malaysia saya berkesempatan mendengar bacaan Al-Quran dalam pesawat. Terasa indahnya walaupun saya tidak pernah membaca ayat suci itu sebelum ini dan ia menguatkan keyakinan saya untuk memilih Islam sebagai jalan hidup,” katanya yang turut meminati aktiviti sukarelawan dan pernah aktif menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, ahli keluarganya bersikap terbuka apabila mengetahui hasratnya bertukar agama dan dia sentiasa menghubungi mereka dari semasa ke semasa menerusi aplikasi panggilan video.

“Pertama kali melafazkan kalimah syahadah pada Isnin lalu saya berasa gementar walaupun pada malam sebelumnya saya sudah hafal cara sebutan dalam bahasa Arab berserta maksudnya.

“Tetapi selepas selesai saya berasa tenang. Saya akui terlalu banyak maklumat yang perlu saya ambil masa untuk faham dan perkara pertama yang saya buat selepas menjadi Muslim ialah belajar solat dan cara-cara mengambil wuduk.

“Terima kasih kepada semua yang membantu. Saya merasakan ada kekuatan muncul dalam diri untuk terus optimis menjalani kehidupan mendatang,” katanya.

Sementara itu, Zolkifly berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghulur bantuan bersesuaian serta membimbing saudara baru yang sedang dalam proses mengenali ajaran Islam.

“Pemantauan juga akan dilakukan mengikut keperluan agar golongan ini tidak terasa bersendirian atau ditinggalkan terkapai-kapai selepas beroleh cahaya hidayah,” katanya.

Sumber: Hariam Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.