Setiap yang bernyawa sudah semestinya akan menghadapi kem4tian, namun kem4tian yang dipinta-pinta adalah dil4rang dalam agama Islam sepertimana yang dikongsikan melalui laman berita Harian Metro yang ditulis oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).
Hakikat kehidupan manusia di dunia ada yang manis, ada yang pahit, ada yang selalu dalam kegembiraan, ada yang terpalit kesusahan dan ada yang dalam keadaan sederhana sepanjang masa. Namun setiap apa yang ditentukan oleh Allah SWT pasti tidak lain tidak bukan untuk menguji hamba-Nya, yang manakah betul-betul beriman dan amalan yang paling mulia di sisi Allah.
Walaupun keadaan kehidupan kita semakin pulih daripada kesusahan yang melampau dua tahun kebelakangan ini, namun, setiap kesusahan tersebut tidak boleh diakhiri dengan kem4tian yang dianggap penyelesaian kepada semua perkara. Perkara ini adalah sebagaimana sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya, janganlah setiap kamu mahukan kem4tian kerana adanya sesuatu kesus4han hidup yang menimpanya. Apabila dia memang mahukan kem4tian tersebut, hendaklah dia berkata: “Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu baik bagiku dan m4tikanlah aku jika kem4tian itu lebih baik bagiku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: “Janganlah setiap kamu meminta kem4tian sebelum ajal menjemputmu kerana apabila seseorang kamu meningg4l duni4, maka amal kebaikanmu akan terputus, sedangkan tujuan Allah memanjangkan usia seseorang mukmin adalah menambah kebaikan mukmin itu sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, kehidupan manusia atas dunia adalah bersifat sementara dengan jangka masa yang sangat pendek. Sekiranya panjang umur, maka ambil peluang untuk sentiasa melakukan kebaikan sebagai saham utama di alam barzakh kelak. Baginda Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Janganlah salah seorang daripada kamu semua mengharapkan kem4tian, kerana jika dia adalah orang yang suka melakukan kebajikan, maka boleh jadi dia akan terus menambah kebaikan atau jika dia adalah orang yang sentiasa melakukan perbuatan d0sa, maka boleh sahaja dia bertaubat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kem4tian bukanlah penutup segala masalah yang dihadapi di atas dunia ini, bahkan perjalanan manusia di alam barzakh adalah penuh berliku menuju ketempat kekal abadi. Alam dunia adalah destinasi ketiga manusia selepas alam roh dan alam rahim. Maka ketika berada di alam dunia ini sahajalah manusia perlu untuk melakukan sesuatu kebaikan yang akan memberikan kesenangan di alam barzakh, mahsyar, hisab, titian sirat, telaga khautar, syafaat Baginda Nabi SAW seterusnya ke syurga.
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Janganlah kamu mahukan kem4tian kerana keadaan kem4tian itu merupakan sesuatu yang amat dahsyat. Apabila seseorang hamba diberi usia panjang, Allah memberi kesempatan untuk bertaubat kepadanya.” (Hadis Riwayat Al-Bazzar, hadis ini bertaraf dhaif)
Kem4ti4n bukan sekadar lenyapnya seseorang itu dan tidak akan ada lagi kejadian setelah itu, tetapi kem4tian adalah terputus atau terpisahnya hubungan antara roh dengan badan, bertukar atau berpindahnya sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain, suatu tempat kepada tempat yang lain dan kem4tian adalah satu musibah paling besar.
Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir m4ti, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana s4kit yang membawa m4ut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: “Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu daripada kaum kerabat dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berd0sa.” (Surah Al-Ma’idah ayat 106)
Terdapat perkara yang lebih dahsyat daripada kem4tian iaitu lalai dalam menghadapi kem4tian, berpaling dan hanya sedikit mengingati kem4tian, serta meninggalkan amalan soleh yang merupakan bekalan yang besar selepas kem4tian. Bahkan pada kem4tian terdapat pesanan serta pelajaran bagi orang yang berfikir.
Kesempatan bertaubat untuk memohon keredaan Allah SWT
Keredaan Allah SWT hanya boleh diperoleh melalui taubat dan tidak lagi mengulangi perbuatan d0sa yang lalu.
Allah SWT berfirman maksudnya: “Oleh itu, sama ada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana ner4kalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi daripada orang-orang yang diterima permohonannya.” (Surah Fussilat ayat 24)
Diriwayatkan daripada Sahl bin Abdullah At-Tastari, dia berkata: “Mahukan kem4tian adalah dilarang. Kecuali bagi tiga jenis orang iaitu orang yang tidak mengetahui apa yang akan berlaku setelah kem4tian, orang yang lari daripada takdir Allah SWT dan Orang yang amat ingin sekali berjumpa dengan Allah SWT.”
Diriwayatkan bahawa Malaikat m4ut datang menemui Khalilullah (Ibrahim AS) untuk menc4but ny4wanya, lalu Nabi Ibrahim berkata: “Wahai Malaikat M4ut, pernahkah kamu melihat seorang sahabat yang mahu menc4but ny4wa sahabatnya sendiri? Mendengar kata-kata itu, Malaikat M4ut kembali menemui Allah SWT. Allah SWT lalu berkata kepada Malaikat M4ut: “Adakah kamu pernah melihat seseorang yang tidak gembira bertemu dengan sahabatnya? “Setelah Malaikat M4ut kembali menemui Ibrahim dan menyampaikan kata-kata Allah SWT kepdanya. Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian c4butlah ny4waku saat ini juga.”
Abu Darda menyatakan bahawa kem4tian yang menimpa diri seseorang Mukmin tujuannya adalah baik. Allah SWT berfirman maksudnya: “Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) daripada Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).” (Surah Ali Imran ayat 198)
Pada ayat lain Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan jangan sekali-kali orang-orang k4fir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah d0sa (di dunia) dan mereka pula beroleh az4b s3ksa yang menghin4 (di akhirat kelak).” (Surah Ali Imran ayat 178)
Justeru, sebanyak manapun ujian dan cabaran yang ditempuhi di atas dunia, kesemuanya untuk meningkatkan darjat dan ketakwaan seseorang. Dengan ujian itu jugalah, gugurnya d0sa-d0sa yang sentiasa dilakukan. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Penulis Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
Sumber: Harian Metro
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/