Home / Exclusive / Permohonan pinjaman pernah ditolak namun, perniagaannya kini merentasi luar negara…

Permohonan pinjaman pernah ditolak namun, perniagaannya kini merentasi luar negara…

Setiap kejayaan yang dicapai sudah semestinya mempunyai sejarahnya yang tersendiri sama ada pahit atau pun manis, namun usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu akan membuahkan hasil yang dingini sepertimana perkongsian kisah disebalik kejayaan tauke burger ini.

Apabila sebut sahaja makanan burger tepi jalan, pasti ramai terlintas mengenai burger jenama Ramly yang kini sinonim dengan masyarakat di Malaysia.

Siapa sangka bermodalkan wang simpanan, kegigihan dan kesabaran, kini jenama Ramly Burger mampu ke pasaran luar negara.

Namun, di sebalik kejayaan yang ditempa pengusaha burger yang dekat di hati rakyat Malaysia, tidak ramai yang mengetahui kisah cabaran yang dihadapi ketika awal perniagaannya.

Kisah Perniagaan Ramly Burger

Guna simpanan RM2 Ribu untuk mulakan bisnes

Seorang pengguna Twitter @Richardker telah berkongsi tentang kejayaan pemilik jenama Ramly Burger yang memulakan perniagaan dengan wang simpananya.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kecoh dengan isu halal har4m berkenaan dengan daging burger ini.

Pengasas Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr Haji Ramly Mokni yang bekerja di pasar raya mula terdetik untuk membuat sendiri dan menjual daging burger bersama dengan bantuan isterinya, Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap.

Ramly bersama isterinya kemudian cuba mendapatkan pinjaman M4R4 yang hanya bernilai RM7,000 untuk membeli mesin namun ditolak atas alasan orang Malaysia tidak ramai makan burger ketika itu.

Namun, situasi itu tidak mematahkan semangatnya yang mana beliau kemudian menggunakan wang simpanannya sebanyak RM2,000.

Suami isteri ini menyediakan daging burger secara manual tanpa sebarang bantuan mesin hanya di rumah mereka sahaja dengan membuka gerai di sekitar Chow Kit.

Pada awal perniagaan mereka, kurang mendapat sambutan kerana masyarakat ketika itu belum menggemari makan burger.

Namun, beliau tidak berputus asa sehinggakan bermula dengan 200 keping daging burger sehari kemudian mencecah sehingga 3,000 keping sehari.

Melihat permintaan daging burger semakin meningkat, dia mengolah resipi burger keluarannya agar bersesuaian dengan selera masyarakat tempatan.

Jenama burgernya makin popular mendorongnya untuk membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada tahun 1984.

Dalam tempoh lima tahun sahaja, kilang yang dibina oleh Ramly telah mencapai tahap kapasiti maksimum justeru dia terpaksa membuka satu lagi kilang yang lebih besar di Batu Caves.

Disebabkan perniagaan yang terus berkembang maju, Ramly pada 2018 telah membuka satu lagi kilang yakni yang terbesar miliknya di Pulau Indah, Selangor.

Pembukaan kilang yang besar mendorong beliau menambah produk makanan lain untuk dijual seperti nugget, sosej, daging cincang serta banyak lagi.

Selain penjualan produk makanan sejuk beku yang diiktiraf Halal JAKIM, Ramly Burger juga mempunyai kedai makanan, bistro dan pasar raya di seluruh negara selain produknya turut dieksport ke luar negara.

Jualan tahunan Ramly Burger dilaporkan mencecah lebih RM1 bilion sebelum pand3mik berlaku.

Beliau percaya bahawa makanan dan pertanian adalah baik untuk masa depan dan beliau telah membantu ramai usahawan makanan untuk menjana pendapatan.

Sumber: Odisi

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Walapun kerjanya sibuk ke sana sini, namun ibadah kepada Allah SWT tidak dilupakan sama sekali…

Kagum dengan sikap pekerja Penghantar Makanan ini, walau tugasnya sibuk untuk ke sana dan sini, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *