Home / Terkini / Persahabatan 5 rakan hingga hujung ny4wa, Bilik kuliah diselubungi suasana s4yu… Salam takziah buat ahli keluarga, Al Fatihah (dibaca)

Persahabatan 5 rakan hingga hujung ny4wa, Bilik kuliah diselubungi suasana s4yu… Salam takziah buat ahli keluarga, Al Fatihah (dibaca)

Persahabatan hingga ke hujung h4yat, itulah kata-kata yang boleh diungkapkan dalam kejadian m4lang yang tak berbau yang menimpa ke atas 5 orang sahabat yang mengakibatkan kesemua mereka m4ut ditempat kejadian. Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah dan didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Buat semua keluarga arwah diharapkan dapat bersabar dan redha menerima ketentuan Ilahi.

KUALA KANGSAR – Rakan kuliah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) tidak menyangka persahabatan lima rakan mereka yang terk0rban dalam kem4langan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, begitu kuat hingga membawa ke akhir h4yat.


Dalam kejadian sekitar 12.52 malam Rabu itu, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, meninggal duni4 akibat r3ntung selepas kereta dinaiki terb4kar.

Rakan mereka, Muhamad Hakimi Rosli, 22, berkata, kelima-lima mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa berhampiran universiti dan sering menghabiskan masa bersama melakukan pelbagai aktiviti dalam dan luar waktu kuliah.


“Mereka kawan serumah, memang selalu lepak sekali. Walaupun berbeza pengajian dan usia, mereka berlima boleh jadi rapat dan rakan baik.

“Tak sangka, persahabatan mereka dibawa sampai ke akhir h4yat,” katanya ketika ditemui di Unit F0rensik H0spital Kuala Kangsar di sini pada Khamis.

Menurutnya, lima sahabat itu masing-masing mempunyai karakter diri yang saling melengkapi antara satu sama lain.

“Macam Hasnun, dia seorang yang bertanggungjawab dan rajin tolong kawan. Nasrun pula sangat ramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

“Iqbal sebelum ini pernah merancang untuk adakan aktiviti berbentuk percutian untuk pengajian, sayangnya hasrat itu tidak kesampaian,” katanya.

Sewaktu mendapat tahu nahas berlaku, dia bersama rakan lain berharap semua mangsa selamat dan tidak mengalami kec3deraan yang serius.

“Kami terkejut bila diberitahu, kelima-lima mereka semua dah tak ada,” katanya.

Sebelum kejadian, lima sahabat itu menghabiskan masa bersama menaiki kereta yang disewa ke Ipoh memandangkan tiada sesi kelas pembelajaran pada Rabu.

Muhammad Nasrun dari Kuala Kubu Bharu, Selangor merupakan pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi dari Terengganu pula pelajar semester satu Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Iqbal Hasnun dari Johor merupakan pelajar semester ketiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.

Muhammad Nabil Haikal dari Batu Caves, Selangor semester ketiga Diploma Pentadbiran Perniagaan dan Ahmad Akmal dari Parit Buntar pelajar semester kelima Diploma Kaunseling Islami.

Sementara itu, Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, lima pelajar berkenaan sepatutnya menduduki peperiksaan semester yang dijadualkan hujung Mei ini.

Katanya, sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di universiti itu baru sahaja bermula pada Isnin selepas cuti Aidilfitri.

“USAS akan uruskan apa juga bantuan berkaitan jen4zah. Jika urusan tidak sempat diselesaikan hari ini, USAS akan menanggung biaya perbelanjaan waris sepanjang menguruskan jenazah di Kuala Kangsar,” katanya.

Dalam pada itu, polis telah menahan reman pemandu treler yang terbabit dalam kemal4ngan hingga meng0rbankan lima pelajar USAS.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tah4nan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kelas pagi ini sangat s4yu

Kuala Lumpur: “Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pem3rgian sahabat mereka dalam kem4langan awal pagi sebelum Terowong Menora.”

Itu antara hantaran yang tular dan dikongsi ramai di media sosial termasuk Facebook (FB) susulan nah4s meng0rbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kilometer (Km) 246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Ipoh, tengah malam tadi.

“Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam m4yat anak-anak mereka kerana mereka semua r3ntung dalam kem4langan. Al-Fatihah,” demikian menurut perkongsian berkenaan.

Mangsa yang r3ntung dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.

“Al-Fatihah. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat,” menurut catatan itu lagi.


Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).

Semua pelajar itu difahamkan sedang keluar kawasan atau ‘outing’ ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam.

Sumber: Sinar Harian & Harian Metro

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Khabar Duk4 buat Dr. MAZA atas pem3rgian ayah tercinta. Salam Takziah dan Al Fatihah (dibaca)

Pem3rgian seorang yang tercinta adalah merupakan satu kehilangan yang amat terkesan di dalam hidup setiap …

Leave a Reply

Your email address will not be published.