Perkongsian sebuah kisah pengakhiran yang baik buat seorang wanita apabila dijemput oleh Yang Maha Pencipta ketika sedang menunaikan solat asar. Alangkah indahnya pengakhiran tersebut dan mungkin terdapat amalan-amalan baik arwah sehingga beliau dijemput dengan sedemikian rupa. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah kepada keluarga arwah.
PASIR PUTEH – Seorang pembantu kedai warga Thailand meningg4l dunia ketika menunaikan solat asar di Masjid Ibrahimi di sini semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.55 petang itu, wanita yang dikenali sebagai Norhayati Mustafa, 56, dilihat berada dalam keadaan sujud pada rakaat kedua sehingga selesai solat.
Imam Tua Masjid Ibrahimi, Mohamad Sabri Abdul Ghani berkata, wanita berkenaan tidak bangun daripada sujud dan mengh3mbuskan n4fas terakhir selepas ditelent4ngkan sebelum diajar mengucap kalimah syahadat.
Menurutnya, jemaah yang berada di saf wanita membantu mengubah kedudukan mangs4 selepas solat kerana mengesyaki sesuatu apabila Norhayati dilihat tidak bangun daripada sujud dalam tempoh yang lama.
“Kami mengenali mangs4 kerana dia merupakan isteri ketiga kepada seorang penduduk di sini yang sudah meningg4l duni4 13 tahun lalu. Norhayati juga sudah lama bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Siti Hajar di sini untuk membesarkan lima anaknya selepas kem4tian suami.
“Dia yang berasal dari Wilayah Yala, Thailand malah dikenali oleh semua ahli khariah masjid dan peniaga sekitar bandar ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Menurut Mohamad Sabri, ia merupakan kejadian pertama jemaah meningg4l dunia semasa menunaikan solat di Masjid Ibrahimi dan pihak masjid mengambil tanggungjawab membantu keluarga mangsa termasuk menanggung segala kos peng3bumian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pegawai kesihatan memaklumkan bahawa mangs4 meningg4l dunia dipercayai akibat ser4ngan jantung serta k3ncing manis dan kes diklasifikasikan sebagai kem4tian meng3jut.
Pengakhiran diimpikan
PENGAKHIRAN kehidupan yang baik atau husnul khatimah menjadi impian dan dambaan bagi orang yang beriman.
DUNIA hanyalah tempat persinggahan yang bersifat sementara, manakala akhirat adalah destinasi yang kekal abadi. Kemasyhuran, kedudukan dan kekayaan yang dimiliki di dunia bukanlah jaminan pengakhiran yang baik dalam perjalanan kehidupan seseorang insan. Segelintir manusia tidak dikenali ramai, tidak mempunyai sebarang gelaran, menjalani kehidupan biasa seperti kebanyakan insan lain, namun mengakhiri kehidupannya dengan kisah luar biasa tentang kebaikan dirinya yang ditinggalkan.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al-Hadid ayat 20 yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi h4ncur bers3pai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada az4b yang ber4t (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Justeru pengakhiran kehidupan yang baik atau husnul khatimah sentiasa menjadi impian dan dambaan bagi setiap orang yang beriman.
Nabi Muhammad SAW pernah berdoa agar diwafatkan dalam keadaan atau kesudahan hidup yang baik sebagaimana hadis daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siks4an hidup di akhirat.” (Riwayat Ibn Hibban)
Syarat utama untuk mendapatkan husnul khatimah ialah m4ti dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum meningg4l dunia.
Antara tanda-tanda husnul khatimah berdasarkan hadis yang sahih adalah sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum meningg4l dunia, meningg4l dunia pada hari atau malam Jumaat, meningg4l dunia dalam keadaan berpeluh di dahi, diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum meningg4l dunia, berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT, meningg4l dunia disebabkan oleh peny4kit yang berkaitan dengan p3rut dan wab4k, meningg4l dunia dalam keadaan lem4s tengg3lam, j4tuh bangunan dan sy4hid di jalan Allah SWT, meningg4l dunia dalam keadaan melahirkan anak, mempertahankan harta dan maruah diri dan meningg4l dunia dalam keadaan melaksanakan amal soleh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengucap ‘La ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredaan Allah SWT dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredaan Allah SWT dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meningg4l dunia, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat Ahmad)
Sebagai seorang Muslim, kita diingatkan agar berusaha melakukan amal kebaikan setiap masa kerana kem4tian datang tanpa mengira waktu. Antara amalan yang mesti dipelihara sentiasa ialah mendirikan dan memelihara solat, mengerjakan amal soleh dengan ikhlas kerana Allah SWT, menggunakan waktu sebaik-baiknya dengan perkara yang bermanfaat, tidak meremehkan dos4 kecil yang dilakukan serta sentiasa berzikir dan mengingati Allah pada setiap masa.
Firman Allah di dalam surah Ali ‘Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan k3ji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan d0sa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan d0sa-d0sa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan k3ji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
Dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau berkata maksudnya: “Suatu ketika para sahabat melewati jen4zah yang diangkat menuju pem4kamannya, merekapun memuji jen4zah ini. Kemudian Nabi SAW bersabda: ‘Telah wajib (baginya syurga)’. Kemudian mereka melewati jen4zah lain, maka mereka pun memberikan penilaian bur0k, maka Rasulullah SAW bersabda: ‘Telah wajib (baginya ner4ka)’. Maka Umar bin Khattab RA bertanya: ‘Apanya yang wajib?’ Jawab Nabi SAW: ‘Jenaz4h pertama kalian puji dengan kebaikan, maka dia mendapat syurga. Jen4zah kedua kalian c3la, maka dia mendapatkan ner4ka. Kalian adalah saksi Allah di muka bumi.” (Riwayat al-Bukhari).
Bagi setiap Muslim yang meningg4l dunia, Allah memberikan ilham kepada manusia dan majoritinya untuk memberikan pujian kepadanya, itu adalah petanda bahawa dia adalah penduduk syurga, baik pujian tersebut benar ada padanya atau tidak. Jika memang tidak ada padanya, maka tidak dipastikan mendapatkan hukuman. Namun, ia tetap berada di bawah kehendak Allah. Jika Allah mengilhamkan kepada manusia untuk memujinya, maka itu tanda bahawa Allah menghendaki padanya mendapat keampunan. (Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim)
Saban waktu kita mendengar berita kem4tian dengan kisah pengakhiran baik yang dimuliakan. Sesungguhnya perkara tersebut menjadi inspirasi kita memperbaiki diri serta mengambil iktibar daripada kebajikan yang dilakukan. Masih belum terlewat untuk kita meneladani amalan kebaikan yang telah dilakukan oleh mereka yang dikurniakan kem4tian husnul khatimah dengan berusaha menjadi anak, suami, isteri dan insan yang soleh dan solehah. Marilah kita berdoa agar Allah SWT menganugerahkan pengakhiran hidup ini dengan sebaik-baik kesudahan di dalam iman dan Islam serta tidak mengakhirinya dengan sebur0k-bur0k kesudahan.
Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
Sumber: KOSMO! ONLINE & Harian Metro
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/