Setiap kejayaan sudah semestinya terselit kisah-kisah disebalik kejayaan tersebut dan kebanyakkannya berkait rapat dengan amalan soleh seseorang dengan Yang Maha Pencipta kerana setiap rezeki yang diterima adalah berkat kurniaan dari-Nya. Namun sesungguhnya rezeki itu tidak datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan serta dilengkapkan dengan memohon doa kepada-Nya. Begitulah kejayaan yang telah dikecapi oleh Pengarah Filem tanah air yang berjaya membuat kutipan puluhan jutaan ringgit melalui tayangan filem yang menjadi buah mulut ramai pada masa ini iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Inilah amalan soleh Pengarahnya seperti yang didedahkan oleh Pendakwah melalui laman Sinarplus.
Kredit foto: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff
SELAMA 19 hari di pawagam, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya meraih kutipan RM71 juta. Pendakwah mendedahkan amalan pengarah, Syamsul Yusof dimurahkan rezeki.
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah filem yang diilhamkan dari tokoh epik sejarah, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan itu.
MAT KILAU TELAH DITAYANGKAN DI PAWAGAM SELURUH NEGARA BERMULA SEMALAM, 23 JUN 2022 KINI MUNCUL SEBAGAI FILEM TEMPATAN YANG MENCATAT KUTIPAN TERTINGGI.
Pendakwah dan pensyarah kanan, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memberikan ucapan tahniah atas pencapaian Syamsul.
Kredit foto: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi keperibadian pengarah muda itu kepada umum.
“Tahniah Syamsul Yusof. Munafik 1 RM19.04 juta (hantu tutup aurat), Munafik 2 RM48 juta (hantu tutup aurat) dan Mat Kilau : RM71 juta setakat 11 Julai 2022.
“Buktinya, lakonan yang ‘s3ksi’ dan ‘s3ksa’ tidak menjamin kejayaan sebuah filem atau drama. Jadi buat apa hendak buka aurat?
“Kita yang rugi sebab dapat d0sa kemudian filem pun tidak m3letup sebab mak bapak tidak nak bagi anak-anak tengok filem yang mer0sakkan moral anak-anak.
“FILEM HEBAT AKAN TERHASIL DARIPADA SEBUAH KAJIAN YANG HEBAT. TIDAK RUGI MELABUR UNTUK KAJIAN. KETIGA-TIGA FILEM DI ATAS SEMUANYA HASIL KAJIAN YANG DILABURKAN OLEH SYAMSUL YUSOF,” DEDAHNYA.
Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof
Selain itu, Dr Mohd Izhar Ariff turut mendedahkan amalan yang dilakukan Syamsul.
“Syamsul dikenali sebagai seorang penerbit yang menjaga solat. Maka tidak pelik ALLAH murahkan rezekinya.
“Namun sebagai manusia beliau tetap diuji kerana itu fitrah seorang hamba. Ustaz doakan masalah yang menimpa dipermudah Insya-ALLAH dari Tanah Suci ini,” titipnya.
Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof
Filem epik itu sedang ditayangkan di pawagam ketika ini. Ia dibintangi nama-nama besar seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau dan Beto Kusyairy sebagai Wahid manakala aktor Fattah Amin memegang watak Awang.
Mat Kilau turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Johan Asa’ri, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.
Sumber: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff
Selain itu, bapa kepada Shamsul Yusof yang juga merupakan seorang pengarah Filem yang tersohor meluahkan keyakinan bahawa filem Mat Kilau akan mencapai kutipan sebanyak RM100 Juta;
Yusof Haslam yakin filem Mat Kilau mampu kutip lebih RM100 juta
DATUK Yusof Haslam pada majlis pelancaran Telemovie Mat Runner selepas sidang media di Kambing Cafe. FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat.
Malah, filem berkenaan juga disifatkan mampu muncul sebagai filem sepanjang zaman seperti filem Bukit Kepong yang memaparkan perjuangan pasukan polis dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada ditawan komunis yang ditayangkan pada 1981 lalu.
Yusof berkata, walaupun sudah mencecah usia 41 tahun, filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Dr Jins Shamsuddin masih diminati penggemar filem sehingga kini.
“Saya yakin dan percaya kehebatan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini mampu menjadi filem legenda yang akan dikenang masyarakat Melayu.
“Malah mungkin lebih (hebat) daripada Bukit Kepong berdasarkan respons, kenangan orang terhadap filem ini.
“Daripada segi kutipan, saya percaya ia mampu melebihi RM100 juta. Sekarang pun respons yang diberikan pelbagai pihak termasuk ahli politik sangat baik dan kutipan harian masih jutaan ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem Mat Runner, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai pandangan negatif segelintir pihak terhadap filem berkenaan, Yusof berkata, ia adalah perkara biasa dan bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.
“Nak m4rahkan mereka (orang ramai) pun tak boleh juga… masing-masing ada hak dan pandangan masing-masing tetapi saya bangga 99 peratus memberi respons baik terhadap filem ini,” katanya.
Mengenai kesinambunagn filem itu, beliau menyokong dan bangga dengan Kembara Studio yang berjuang dalam menghasilkan filem epik bercorak perju4ngan bangsa Melayu.
“Tidak kisahlah siapa yang mengarah, filem Mat Kilau perlu ada kesinambungannya,” katanya.
Sumber: Harian Metro & Sinarplus
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/