Home / Terkini / Kasihnya ‘abah’ anggap macam anak sendiri, buat ramai sebak…

Kasihnya ‘abah’ anggap macam anak sendiri, buat ramai sebak…

Tular di media sosial sebuah video pendek yang menyaksikan seorang warga emas masuk ke padang kawad untuk mengangkat seorang pemuda yang jatuh di medan kawad pada awalnya dianggap sebagai anaknya namun cerita sebenarnya ialah pemuda tersebut rupanya adalah anak saudara yang yatim piatu sejak berumur 7 tahun. Sejak dari itu beliau membesarkan anak tersebut seolah anak kandungnya sendiri.

Video pendek tersebut membuat ramai sebak apabila apabila seorang pakcik sanggup masuk ke tengah-tengah padang kawad tanpa merasa malu kemudian mengangkat dan menyokong anak saudaranya berdiri di Padang Kawad bagi meneruskan majlis tersebut sehingga selesai.

KEHILANGAN insan tersayang merupakan antara ujian paling g3tir yang menimpa seseorang atau sesebuah keluarga.

Ia pastinya merupakan peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan apatah lagi apabila kehil4ngan ibu atau bapa kandung sendiri.

Begitu juga kisah yang berlaku ke atas seorang pemuda yang semalam tular di laman sosial membuatkan ramai sebak.

Menerusi sebuah video yang memaparkan seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan pemuda tersebut yang reb4h sewaktu perbarisan.

Video tersebut membuat ramai menitis air mata melihat kasihnya seorang bapa melulu mendapatkan anaknya yang rebah sekali gus menjadi ‘benteng penahan’ ketika anak itu masih longlai.


Rupanya pemuda itu merupakan anak buah warga emas tersebut yang juga merupakan seorang penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), rebah sewaktu perbarisan Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, Selangor.

Lagi bertambah sayu apabila dikatakan pemuda itu merupakan anak yatim piatu yang kehil4ngan ibu ketika usianya tiga bulan dan ayahnya pula meningg4l duni4 ketika berusia tujuh tahun.

Tampil mengesahkan perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dasuki, pemuda dikenali Nik Mohd Adhar merupakan anak yatim piatu dan sudah lama dibesarkan oleh bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz Ya’acob.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Dr Ashraf berkata beliau sempat menghubungi Adhar yang juga anak angkatnya dan bertanyakan khabar selepas kejadian tersebut berlaku.

“Dia memang tidak berapa sihat dan demam sejak tiga hari yang lalu. Walau bagaimanapun, dia mahu berkawat sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP, semalam.

“Ujarnya, sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya rebah. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” coretnya.

Sejak ibu bapa meningg4l dunia, bapa saudara itulah yang menggalas tanggungjawab sebagai ayah untuk membesarkan pemuda yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu.

Selain itu, video berkenaan juga turut memberikan kesedaran kepada anak-anak yang kasih ibu membawa ke Syurga dan kasih ayah sepanjang masa.

Buat yang masih punyai ibu bapa, hargailah mereka ketika ada dan sedekahkan al-Fatihah buat yang telah tiada.

Selain itu, turut dilaporkan melalui laman berita astro awani “Abah layan macam anak sendiri’ – Pegawai akui rebah kerana tidak sihat”;

Abdul Aziz memeluk Nik Mohamad Adhar yang rebah di tengah-tengah padang kawad ketika perbarisan Hari Penguat Kuasa KPDNHEP. -Facebook Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA: Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang tular rebah ketika perbarisan Hari Penguat Kuasa semalam mengesahkan dia berada dalam keadaan tidak sihat pada hari kejadian.

Nik Mohamad Adhar, 22, berkata dia mengalami dem4m sejak tiga hari lalu, lapor Sinar Harian.

“Pagi tadi pun saya masih demam,” kata anggota penguat kuasa KPDNHEP yang bertugas di Tawau, Sabah ini.

Pemuda yang berasal dari Tumpat, Kelantan ini turut menjelaskan insan yang mengangkat dan memeluknya di tengah-tengah padang kawad itu merupakan bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob, 60, yang mesra dipanggilnya “abah”. “Abah, bapa saudara saya.

“Emak kandung saya meningg4l duni4 ketika saya berusia tiga bulan, manakala ayah pula meningg4l sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya lagi.

Nik Mohamad Adhar bersama insan yang menyayanginya sejak kecil lagi. – Foto Sinar Harian

Nik Mohamad Adhar berkata dia dijaga oleh Abdul Aziz dan ibu saudara, Rosmawati Ismail, 53, yang dipanggilnya “emak” sejak usia tiga bulan.
Menurutnya, meskipun berstatus anak saudara, layanan Abdul Aziz tidak pernah berbeza dengan enam anaknya yang lain.

“Dari kecil sampai sekarang, layanannya sama seperti anak sendiri,” katanya lagi.

Menceritakan peristiwa reb4h itu, dia berkata itu bukan kali pertama insiden itu berlaku. “Sebenarnya semasa abah datang melulu tu, itu kali kedua saya reb4h. Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua, abah datang,” kata Nik Mohamad Adhar.


Nik Mohamad Adhar. – Foto Sinar Harian

Detik Nik Mohamad Adhar diangkat dan dipeluk selepas rebah ketika acara kawad sempat dirakam jurugambar dan dimuat naik di Facebook oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menyifatkan gambar-gambar tersebut memaparkan kasih sayang seorang bapa yang tidak berbelah bahagi, Alexander berkata, beliau tidak mampu menahan air mata melihat apa yang berlaku di depan matanya.

“Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu. “Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Plus & Astro Awani

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

“Nak unt0ng (b4nyak) ibarat nak pergi M3kah balik h4ri,” Teguran Peniaga ayam terbesar di Kelantan

Kenaikan kos sara hidup pada masa ini adalah merupakan isu yang seolah gagal diselesaikan. Ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *