Kenaikan kos sara hidup pada masa ini adalah merupakan isu yang seolah gagal diselesaikan. Ianya bertambah teruk apabila terdapat golongan peniaga yang tamak dan suka mengambil kesempatan, namun tidak semua peniaga bersifat demikian bak kata seorang peniaga ayam terbesar di Kelantan “Tak perlu jual ayam mahal macam nak ke Mekah balik hari” – Jukee Ayam.
Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah ‘balik hari.’
Zukila Deraman – yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan – berkata peniaga terbabit meletakkan harga tinggi kerana mahukan margin keuntungan yang besar.
Katanya harga daripada pihak pemborong sebenarnya sudah wajar.
“Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.
“Nak untung (banyak) ibarat nak pergi Mekah balik hari. Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadi masalah,” katanya dalam satu perkongsian video di media sosial.
Kerana itu, kata Zukila, orang ramai kecoh apabila dia menawarkan ayam pada harga RM6.99 sekilogram.
Terdahulu, Zukila, 44, yang lebih dikenali sebagai Jukee Ayam menarik perhatian ramai kerana harga yang ditawarkannya itu jauh lebih murah berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.
Katanya, harga jualannya itu sudah memberi keuntungan memandangkan harga ayam ladang daripada pembekal ialah antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.
Justeru jelas Jukee, peniaga tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga yang mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan besar tetapi akhirnya pembekal juga akan menaikan harga jualan mereka.
“Kebanyakan peniaga dapat bekalan daripada pembekal sama dengan harga yang sama sahaja, jadi bergantung kepada peniaga sekiranya mereka mahu keuntungan lebih, mereka akan menjual dengan harga mahal.
“Tetapi perlu ingat, apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja ia membebankan pengguna, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan tinggi,” katanya yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses.
Beliau sebelum ini pernah memaklumkan bahawa membenarkan ayam dari Thailand dibawa masuk bagi menangani masalah kenaikan harga ayam yang dilaporkan melalui akhbar utusan
Jukee Ayam edar 17,000 ayam proses setiap hari
AYAM proses Jukee Ayam sedia dihantar ke lokasi yang bermasalah dengan bekalan di seluruh negara.
KOTA BHARU: Ketika ramai penjual ayam merungut menghadapi masalah kekurangan bekalan, pembekal ayam proses terbesar di negeri ini iaitu Jukee Ayam masih mampu mengedarkan sebanyak 17,000 ekor ayam proses sejak minggu lalu.Pengurus dan pemilik Jukee Ayam, Zukila Deraman berkata, pihaknya mengedarkan bekalan ayam tersebut kepada peniaga di Terengganu, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur setiap hari yang menghubunginya untuk mendapatkan bekalan.
Katanya, pihaknya tidak berdepan masalah bekalan ayam proses kerana masih mendapat bahan mentah itu ketika ini meskipun ramai pembekal gagal berbuat demikian.
“Bagaimanapun, kami mengingatkan kepada penerima bekalan tidak menjual ayam proses pada harga yang mahal hingga menyusahkan pengguna,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.
Zukila mencadangkan kerajaan membenar kemasukan bekalan ayam hidup dari Thailand tanpa sekatan bagi menyelesaikan krisis bekalan ayam daripada terus berlanjutan.
Katanya, ayam dari negara jiran itu lebih murah dan segar sekali gus mampu menampung keperluan pengguna seluruh negara selain mengimbangi eksploitasi harga bahan mentah itu yang semakin meningkat.
“Langkah itu dapat mengurangkan kuasa jualan pengusaha ladang ternakan ayam tempatan yang sebelum ini didominasi sesetengah pihak yang memainkan peranan utama dalam kenaikan harga sejak kebelakangan ini.
“Ayam hidup dari Thailand perlu dibawa masuk menerusi Rantau Panjang, disemb3lih dan diproses sendiri pengusaha tempatan dengan pematuhan syarie bagi mengelakkan was-was,” katanya.
Katanya, sebanyak 10,000 hingga 30,000 ekor ayam mampu diagihkan ke seluruh negara setiap hari sekiranya langkah itu dilakukan. – UTUSAN
Untuk rekod, Jukee ayam juga tersohor di Kelantan sebagai seorang yang dermawan dan gemar membantu masyarakat yang dalam kesusahan.
Sumber: Berita MK & Utusan
Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!
Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.
Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;
https://www.facebook.com/cantikyangabadi
https://www.facebook.com/congcordei/