Home / Islamik / P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

P3rginya tokoh Ulama Dunia Islam Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi,إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Dunia Islam dikejutkan dengan pem3rgian tokoh Ulama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi sepertimana yang dikongsikan melalui laman facebook Ustaz Ahmad Dusuki.

Dunia semakin di hujung masa, إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون
Kala mana alam semakin kelam, dunia semakin hilang para alim ulama’, seorang yang alim di dunia ini, Allah memanggil para alim ulama untuk pulang. Pulangnya ke pangkuannya bererti tercabutlah ilmu dari dunia ini.. Moga Allah merahmati Allahyarham Dr Yusuf Al Qardawi dan memasukkannya di kalangan hamba Allah yang soleh.

Sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat arwah.

Latarbelakang Allahyarham Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi 

Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف عبدالله القرضاوي) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia

Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau menghafaz keseluruhan al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil ‘Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima’iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.

Pada 18 Disember 2009, beliau dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia. Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Beliau kagum terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia. Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di Malaysia. Beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar. Satu ketika beliau dibawa menaiki pesawat tentera bagi memudahkannya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat. Pertemuan diadakan dengan pemimpin UMNO mahupun PAS serta pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi memuji usaha dan Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam dalam perjuangan rakyat Pal3stin.Peranan Malaysia telah mendapat pujian menerusi dua pucuk surat yang diutuskan kepada kerajaan Malaysia Khususnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Al-Qaradawi menyatakan dalam surat tersebut beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di Baitulmuqaddis. Selain dari itu juga beliau menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Pal3stin dan Baitulm4qdis dan amat tersentuh dengan keprihatinan Najib Razak dalam konteks ini khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya. Sehubungan dengan itu Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam. Malah dalam surat itu juga menyebut pencapaian yang membanggakan mereka tentang kejayaan mewujudkan cawangan QII di Malaysia, pencapaian yang mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan dan naungan Najib Razak.

Beliau merujuk kepada pelancaran Al-Quds Foundation Malaysia, sebuah yayasan kebajikan untuk rakyat Pal3stin, yang antara lain mendidik masyarakat mengenai isu di negara berk0nflik itu di samping membantu rakyat Pal3stin. Kejayaan Malaysia menamatkan k0nflik dan pend3rit4an kira-kira 40 tahun di selatan Filipina itu, turut dipuji Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah .Pujian Al-Qaradawi adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia.

Sumber: Laman Facebook Ustaz Dusuki & Wikipedia

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

https://www.facebook.com/congcordei/

About admin

Check Also

Kisah Kem4tian yang dic3mburui, p3rginya semasa sedang membaca ayat suci al-Quran…

Ustazah Taslimah meningg4l duni4 ketika pimpin tahlil, khatam al-Quran dan video masa kejadian telah dikongsikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *