Home / National / Sh4h Rukh Kh4n telah menun4ikan umr4h bu4t pert4ma k4li.. Berniat untuk menunaikan Haji

Sh4h Rukh Kh4n telah menun4ikan umr4h bu4t pert4ma k4li.. Berniat untuk menunaikan Haji

Setiap umat Islam sudah semestinya mempunyai hasrat untuk menjejakkan kaki ke tempat yang paling suci dalam agama Islam yang diredhai Allah SWT ini. Walau sejauh mana tahap keimanan seseorang kepada Yang Maha Pencipta namun, apabila diberikan masa dan kelapangan maka dengan izin-Nya kita akan sampai ke tanah suci itu. Begitulah sepertimana yang dilaporkan melalui media baru-baru ini seorang artis terkenal yang mempunyai kontroversi dalam agama yang dianuti iaitu Shah Rukh Khan telah menunaikan umrah buat pertama kali. Kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu berdoa yang baik-baik buat beliau dan semoga Allah SWT memberikan hidayah buat hamba-Nya.

BINTANG mega Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, sejak kelmarin.

Gambar serta video aktor berusia 57 tahun itu di berada Mekah lengkap memakai ihram dan diiringi beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadi telah tersebar di media sosial.

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat SRK turut memakai pelitup muka namun ramai dikalangan jemaah lain yang berada di situ tetap mengenalinya.

Menurut Hindustan Times, pelakon tersebut terus mengerjakan umrah selepas menyempurnakan filem Dunki yang menjalani penggambaran di Arab Saudi.

Dunki merupakan kerjasama pertamanya dengan pengarah, Rajkumar Hirani yang berkisar cubaan memasuki negara lain secara h4ram.

Sementara itu, berdasarkan perancangan, usai ibadah itu, ayah kepada tiga anak ini akan menyertai pula Festival Filem Red Sea di Jeddah.

Berita tular berkenaan selebriti tersohor dunia itu mengerjakan umrah nyata mencetuskan pelbagai komen positif khalayak.

Malah sebahagian besar netizen mendoakan agar urusan ibadah SRK dilancarkan.

“Saya merasa terlalu emosional pada saat ini. Semoga Allah menjaga dia dan keluarganya,” tulis seorang netizen.“Gembira sekali melihat dia (SRK) memenuhi keinginan mengunjungi tempat suci ini,” kata seorang peminat lain.

Menyelak sejarah hidupnya, bintang Kuch Kuch Hota Hai merupakan seorang lelaki Muslim dan mendirikan rumah tangga dengan wanita beragama Hindu, Gauri Khan .

Perkahwinan yang didirikan pada tahun 1991 itu dikurniakan tiga cahaya iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.

Terdahulu menerusi satu wawancara dia meluahkan keinginan mahu menunaikan ibadah haji bersama bersama anak-anaknya.

“Pergi haji pasti ada dalam agenda saya. Saya ingin ke sana bersama anak lelaki saya, Aryan dan puteri saya, Suhana,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Sumber rujukan: Kosmo Online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

Nusantara Morning Post menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Pihak admin Nusantara Morning Post tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Jangan lupa untuk follow kami di newshubs24.com dan laman page kami untuk perkongsian lebih banyak berita terkini dan ilmu bermanfaat di;

https://www.facebook.com/cantikyangabadi

About admin

Check Also

Luahan ikhlas daripada seorang pelakon berbakat“Saya R3la Tak Berlak0n Daripada Buka Tudung”

“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung” itu luahan ikhlas seorang pelakon muda berbakat Mia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *